serenemaklong.blogspot.com
DARIPADA Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda – “Bukanlah orang
gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah ialah orang
yang dapat mengawal diri ketika marah “- Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi saw bersabda – “Tiada hamba
yang meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada
hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah” – Hadis Riwayat Ibnu
Majah.
Seseorang pernah berkata kepada Abu Bakar r.a.”Demi Allah, akan
aku cerca kamu dengan cercaan yang akan membawa kamu sampai ke dalam kuburmu!”
Abu Bakar menjawab: “Tidak, sebenarnya cercaan kamu itu yang akan masuk bersama
kamu ke dalam kuburmu!”
Firman Allah SAW:
…dan apabila mereka melewati orang-orang yang mengerjakan
perbuatan batil atau sia-sia, mereka berpaling darinya dengan tetap menjaga
kehormatan diri – al Furqan ayat 72.
…jika orang-orang yang jahil mencemuh mereka, mereka membalasnya
dengan ucapan yang baik – al Furqan ayat 63.
Kata Confusious, “ Orang yang marah akan
memenuhi dirinya dengan racun. “
Sesungguhnya syaitan itu mengalahkan hamba
Allah dalam tiga hal:
Ketika marah, ketika nafsu syahwat naik dan
ketika lalai.
Kita harus sentiasa mengingatkan diri supaya
“Jangan marah, Jangan marah, Jangan marah. “ Sejak dulu saya telah melatih diri
supaya tidak terkesan dengan kata-kata cercaan dengan menganggap kata-kata
buruk itu datang dari pintu, tingkap, meja, atau apa-apa saja yang tidak
bererti. Saya tidak akan menurunkan martabat diri dengan melayan suara-suara
dari pintu, tingkap, dan meja. Biarkan sahaja tubuh pencerca itu dipenuhi racun kemarahannya sendiri.
No comments:
Post a Comment