serenemaklong.blogspot.com
TULANG
kerangka hanya dibaluti kulit semata-mata. Tanpa kulit itu tubuh pasti hancur bersepai. Mereka bukan
berpuasa sebulan dalam setahun, tetapi mereka berpuasa sepanjang hayat. Konsep
sepanjang hayat bagi mereka mungkin hanya sekadar 20 tahun atau jauh kurang
daripada itu. Buka puasa bagi mereka hanya seketul ubi, sebiji pisang, sekeping roti kecil, atau apa-apa
sahaja yang ada, dan air minum pula
belum tentu bersih. Dalam segala kepayahan itu mereka tetap juga
menjalankan perintah Allah.
Kalau di Somalia, rakyatnya mati kerana kurang
makan, tetapi di Malaysia
ini orang mati akibat terlebih makan. Makan berlebihan membawa kepada obesiti, diabetes, kanser, sakit jantung
dan segala macam penyakit yang bermula daripada gaya hidup melampau.
Kalau pergi ke majlis jamuan, bermacam
jenis makanan ditimbun di atas pinggan. Adakah
semuanya habis dimakan? Lazimnya tidak. Sedih
hati melihat makanan dibazirkan seperti itu – makanan yang kemudiannya
berakhir di tapak pelupusan sampah. Menjadi habuan haiwan liar, termasuk babi
hutan.
Memang lumrah manusia ini, bila perut kenyang, sering lupa kepada Maha
Pencipta. Si perut kenyang sanggup
bercakaran dengan sesiapa sahaja asalkan mendapat harta, kuasa dan kedudukan
yang amat didamba. Di matanya hanya ada orang-orang
atasan, golongan kayawan, hartawan, jutawan, bangsawan. Satu lagi konsep “wan”
iaitu dermawan tidak ada dalam kamus. Si perut kenyang tidak mahu melihat ke
bawah – ke arah golongan serba susah, serba sempit. Silaturrahim dan ukhuwah yang menjadi asas kukuh umat Islam zaman
Rasulullah saw dahulu kini hanya layak diinjak di bawah tapak kaki.
Bilangan penduduk
dunia berlipat ganda sedangkan sumber terhad. Tanah pertanian semakin
menyempit, air untuk kegunaan harian semakin menghilang. Jangan hairan jika
satu hari nanti rakyat Malaysia terpaksa berpuasa sepanjang hayat seperti
penduduk Somalia!!!
(Sumber Foto: Facebook)
(Sumber Foto: Facebook)
No comments:
Post a Comment