Saturday, July 28, 2012

Iman Seorang Imam


serenemaklong.blogspot.com




SEORANG Imam membayar tambang dan duduk di dalam sebuah bas untuk menuju ke masjid. Sebentar kemudia dia terperasan pemandu bas telah memulangkan wang baki lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Si Imam asyik memikirkan tentang wang 20 sen itu.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni? Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen apalah sangat", kata hatinya.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas pun berhenti. Ketika sedang menuruni tangga bas, tiba-tiba dia terhenti  dan berpaling ke arah pemandu dan memulangkan wang 20 sen itu.

"Tadi awak beri saya duit baki terlebih 20 sen."

"Oh, terima kasih! Kenapa Imam pulangkan. Nilainya tak seberapa pun," kata pemandu.

Jawab Imam, "Itu bukan duit saya. Sebagai seorang muslim saya patut bersikap jujur."

Pemandu bas tersenyum dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja beri duit baki lebih 20 sen.
Saya nak uji kejujuran Imam yang selalu naik bas ni. Dah berkali-kali saya terfikir hendak memeluk Islam."

Imam turun dari bas dengan seluruh tubuhnya menggigil.
Dia mengangkat tangan dan berdoa, "Astaghfirullah! Ampunkan aku, ya Allah. Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

(Adaptasi dari kisah dalam www.guablog.com)


No comments:

Post a Comment