serenemaklong.blogspot.com
SHEIKH
AHMED HUSSEIN DEEDAT atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat, lahir di Gujerat, India
pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Dia sangat dikenali sebagai
seorang pendakwah Islam berkarisma, tawaduk serta bijak berdebat menentang
mubaligh kristian.
Pada
1926, dia terpisah daripada bapanya yang terpaksa berhijrah ke Afrika Selatan
demi menyambung kerjaya sebagai tukang jahit. Untuk menghindar kemiskinan,
Ahmed Deedat menyusuli bapanya pada 1927. Saat pemergian itu merupakan kali
terakhir Ahmed Deedat bersama ibunya yang meninggal dunia beberapa bulan
kemudian.
Berada
di negeri asing pada usia 9 tahun dan tanpa pendidikan formal serta penguasaan
bahasa Inggeris, Ahmed Deedat belajar dengan tekun sehingga menjadi pelajar
cemerlang. Kegemarannya membaca telah membolehkan dia mendapatkan biasiswa
hingga berjaya menamatkan pendidikan sekolah rendah.
Kekurangan
biaya menyebabkan persekolahannya tertunda. Pada awal usia 16 tahun dia
terpaksa bekerja di sebuah kedai berhampiran sebuah sekolah menengah kristian
di pantai selatan Natal.
Penghinaan
tidak henti-henti daripada siswa mubaligh yang menentang Islam ketika
mengunjungi kedai tersebut telah menguatkan azam Ahmed Deedat untuk menghentikan
propaganda mereka yang salah.
Sudah
ditakdirkan, Ahmed Deedat menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq (Mengungkap Kebenaran) yang mengandungi teknik dan
kejayaan usaha umat Islam India
membalas gangguan mubaligh kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan
India.
Secara khusus, idea untuk berdebat telah mempengaruhi dirinya.
Ahmed
Deedat membeli Bible pertamanya dan mula berdebat serta berdiskusi dengan
siswa-siswa mubaligh. Apabila para siswa mengundurkan diri daripada perdebatan
yang tajam, Ahmed Deedat menjemput pula guru dan pendeta mereka.
Semua
kejayaan itu memacu semangat Ahmed Deedat untuk berdakwah demi membela Islam
daripada penyimpangan yang memperdayakan oleh para mubaligh kristian.
Selama
tiga dekad dia memimpin kelas pelajaran Bible dan menyampaikan kuliah.Institut
As-Salaam yang didirikannya melatih para pendakwah Islam. Selain itu, dia dan
keluarganya turut membina bangunan-bangunan termasuk masjid.
Ahmed
Deedat adalah pengerusi Islamic Propagation Center International (IPCI) yang
menerbitkan lebih 20 buah buku serta menyebarkan berjuta-juta salinan percuma.
Dia mengirim beribu-ribu bahan kuliah ke seluruh dunia dan berjaya melawan
pendebat-pendebat Bible dalam debat umum. Beribu-ribu orang
telah menjadi Islam atas hasil usahanya.
Pada 1986, Raja Faisal, pemerintah Arab Saudi
menganugerahi penghargaan yang besar di atas usahanya itu.
Ahmed Deedat kembali ke rahmatullah pada 20 Ogos 2005,
namun warisan dan perjuangannya masih berterusan. Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atasnya.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment