serenemaklong.blogspot.com
Lelaki ini
sentiasa mengingatkan saya kepadaNya.
SUATU masa dahulu
dia adalah bintang tinju terkemuka di dunia. Jalan-jalan di Kuala Lumpur yang sibuk saban hari, boleh
lengang bila ada siaran langsung pertandingan yang melibatkan dia. Disayangi
oleh datuk, nenek, ibu, bapa malah anak-anak kecil.
Kemasyhurannya
tidak menyebabkan dia melupakan kewajipannya kepada Allah. Dia solat walau di
mana sahaja dia berada. Itulah Muhammad Ali yang meninggalkan personaliti
lamanya, Cassius Clay setelah menemui Penciptanya.
Kini dia tidak
boleh menari-nari di gelanggang tinju lagi. Walau diserang Penyakit
Parkinson’s, tidak mampu lagi bercakap, kewajipan solat masih diteruskannya.
Muhammad Ali, kau
tetap hebat, dulu, kini dan selamanya.
(Sumber foto; Facebook)
(Sumber foto; Facebook)
No comments:
Post a Comment