serenemaklong.blogspot.com
LAMAN
menawan bukan sekadar pencetus damai penghuni kediaman, tetapi pastinya turut
menjadi tarikan tetamu yang bertandang.
Taman
atau laman konsep Bali dan Nusantara terus
menjadi pilihan ramai. Kedua-dua konsep ini malar segar dan sangat sesuai bagi
mereka yang mahukan elemen kayu dan batu dalam hiasan laman kediaman.
Bagi hiasan kayu, biasanya
mereka yang sukakan konsep Bali dan Nusantara
melengkapkan kediaman dengan kemasan kayu seperti pintu gerbang, pelantar atau,
sungkuap, tingkap, pintu dan pagar kayu.
Panel batu dan seramik pula digunakan untuk melengkapkan kawasan pagar, tembok, dinding dan plat nombor kediaman. Kebanyakan panel yang dihasilkan dibiarkan kosong kekal dengan warna putih.
Namun, bagi mereka yang gemarkan konsep Bali mewah dan nampak eksotik, boleh mendapatkan panel batu dan seramik dalam pelbagai warna di Nurseri LOT 38, Selangor Green Lane Jalan Subang Sungai Buloh berhampiran Kota Damansara, Selangor.
Syarikat ini menghasilkan produk hiasan berkenaan dalam warna pelbagai seperti emas, tembaga, perak, hijau dan turqouise dengan motif flora dan fauna pilihan.

Menurut pengurus nurseri,
panel yang dijual di sini berbeza dengan yang biasa dijual di pasaran kerana ia
menampilkan warna klasik sesuai dengan konsep laman Bali.
Panel yang dihasilkan juga boleh didapati dalam dua bentuk iaitu yang bersama bingkai kayu atau kosong yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan corak flora dan fauna.
Selain menjual panel batu dalam pelbagai saiz, mereka juga menerima tempahan mengikut cita rasa pelanggan, sama ada corak klasik, atau kontemporari kerana kini kebanyakan kediaman menampilkan reka bentuk moden.
Konsep Bali bukan hanya tertakluk kepada hiasan klasik dengan motif misteri tetapi turut menampilkan elemen moden sesuai tuntutan masyarakat yang lebih mementingkan hiasan abstrak serta imej tiga dimensi (3D).
Bagi kawasan luar kediaman, panel yang sesuai adalah yang mempunyai warna semula jadi seperti emas kusam, perak dan hijau. Namun, ia bergantung kepada pilihan pemilik kediaman.
Penggunaan panel sebenarnya dapat mengurangkan kos mengecat ruang selain menampilkan laman penuh estetika dan memberi ‘roh’ serta karektor kepada laman. Lagipun panel yang dihasilkan adalah sumber alam iaitu batu yang dapat menghidupkan lagi suasana laman kediaman.
Antara corak yang biasa dan menjadi pilihan ramai adalah bunga kemboja, mawar, bunga raya, motif Bali asli, kayu jati dan awan larat.
INFO: Panel dinding

Satu binaan atau sekeping
bahan yang biasanya rata dan di potong menjadi bentuk segi empat tepat, yang
berfungsi sebagai bahan yang boleh dilihat dan terdedah di atas dinding.
Panel dinding berfungsi
sebagai hiasan, menyediakan penebat dan kalis bunyi, yang digabungkan dengan
keseragaman dinding mengikut ukuran dinding.
Namun, tiada had set saiz
untuk sekeping panel saiz maksimum yang praktikal untuk panel dinding biasanya
24 kaki x 8 kaki, bergantung kepada cita rasa dan keperluan pemilik kediaman.
Penggunaan panel dinding
boleh mengurangkan kos pembinaan dengan menyediakan penampilan yang konsisten
kepada permukaan berdinding tanpa memerlukan cat atau lain bahan kemasan lain.
Panel
dinding boleh dibangunkan hanya pada satu sisi, tanpa perlu bertentangan dengan
bata atau dinding konkrit, atau struktur yang lain.
INFO: Ciri laman konsep Bali
Ciri paling penting dalam laman konsep Bali adalah tumbuhan. Biasanya, tumbuhan dalam laman Bali memiliki ciri keunikan dan klasik seperti pucuk paku, kemboja, heliconia dan alocasia. Memandangkan Bali terletak di kawasan tropika, mana-mana tumbuhan tropika sesuai untuk laman ini.

Elemen pergerakan air mesti
ada dalam setiap laman konsep Bali. Ini kerana
aliran dan titisan air melambangkan kesejahteraan dan kedamaian.
Ciri ketiga yang mesti ada
dalam laman konsep Bali adalah arca atau
patung. Sekurang-kurangnya perlu ada satu arca atau patung dalam laman konsep
ini. Asalnya, arca dan patung ini melambangkan kecintaan kepada dewa-dewa dan
ketuhanan kerana penduduk asal Bali
mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Namun, untuk zaman moden,
patung-patung itu digantikan dengan arca berbentuk haiwan seperti gajah,
harimau, ikan, pepatung dan ramarama. Kini, ramai yang menggunakan hiasan
seperti pasu, tempayan, terendak lampu dan arca corak abstrak menggantikan
penggunaan patung.
(Sumber:
Rohaniza Idris/Berita Harian)
No comments:
Post a Comment