serenemaklong.blogspot.com
(Peringatan daripada Ustaz Dr Haji Zaharuddin bin Haji Abdul Rahman)
(Peringatan daripada Ustaz Dr Haji Zaharuddin bin Haji Abdul Rahman)
TERDAPAT beberapa cara penggunaan Facebook yang patut ditegah dan boleh jatuh kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui Facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak namun di sini cukup disenaraikan enam perkara.
Mendedah
keaiban suami / isteri di Facebook:
Terdapat beberapa kes di
mana secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan
sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status. Kemudian, status
tersebut mendapat pelbagai komentar daripada rakan-rakan.
Sebagai contoh, ada
yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk,
perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. Ini membuat suami
rasa tertekan.
Seperti yang disuarakan
oleh ramai pakar dalam bidang hubungan rumahtangga, kebanyakan wanita suka
berkongsi dan meluahkan perasaan kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban
yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan
suaminya, bukan pula untuk membuka aib suami atau mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun tanpa disedari
perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Mereka
tidak boleh sewenang-wenang bercerita perihal rumahtangga atau pasangan secara terbuka sama ada melalui Facebook,
kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat
diselesaikan hanya boleh diluahkan kepada orang yang diyakini mempunyai
autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang boleh berperanan
membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan
secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan, ustaz, ustazah
atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info
yang boleh mengaibkan suami / isteri TIDAK BOLEH DISEBARKAN melalui Facebook.
Apabila dilakukan, ia mengundang dosa.
Terdapat sebahagian info yang
tidak secara langsung mengaibkan pasangan, di mana orang lain dapat ‘membaca'
dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘berperang dingin'
dengan pasangan, gagal memenuhi kehendaknya atau bersifat kurang baik terhadap
dirinya.
Ingatlah, rumahtangga
adalah amanah. Jangan runtuhkannya melalui Facebook. Beramanahlah, berikan
suami / isteri anda password masing-masing agar mereka
sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Pasangan boleh
juga berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang
perlu jika ia dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.
Terlebih gambar:
Ada di kalangan wanita hari
ini inginkan kecantikannya dipuji. Oleh itu, semakin ramai wanita memuatkan
gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat
(sehingga memenuhi
kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah
pula dengan gaya,
aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana
sebahagian mereka sudah bersuami dan si suami seolah-olah memberi sepenuh
keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak tanpa sebarang rasa
cemburu dan prihatin. Lebih merbahaya, ramai pula lelaki yang menonton, sebahagiannya
memberikan pujian, malah ada yang berani membuat ‘lamaran' nafsu.
Pemilik Facebook yang
sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang beretika, kelihatan
membiarkan sahaja lamaran nafsu seperti ajakan berdating dan kahwin muncul di
ruang komentar gambarnya padahal dia telah bersuami. Dia sedikitpun tidak rasa
bersalah.
Di ruang komentar, lelaki
dan wanita yang telah beristeri dan bersuami bergurau senda, kononnya atas
tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya. Itu berdosa, malah jika masih
bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana termasuk
dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Ramai lelaki menjadi dayus
kerana gambar isteri terdedah aurat atau menutup aurat kurang sempurna
ditayang sehabisnya di Facebook.
Penyamaran:
Terdapat lelaki yang menyamar
sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapatkan
maklumat wanita tersebut. Ada
dilaporkan juga bahawa sebahagian lelaki itu berang bila permohonannya untuk
menjadi ‘friend' seseorang wanita tidak diluluskan. Akibatnya, si lelaki tidak
mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkan
dia mendapat akses, lelaki itu menyamar menjadi wanita dan meletakkan gambar
mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah di internet sebagai dirinya.
Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan
menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan
gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya
merasa selamat kerana telah menapis gambar-gambar itu sebaik mungkin, rupa-rupanya
masih terdedah apabila gambarnya dikongsi dengan orang yang tidak sepatutnya.
Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi
gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
Muat turun gambar untuk
simpanan dan tatapan:
Akibat gambar wanita
‘bersepah' di Facebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar
tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Wanita yang dikurniakan Allah dengan
‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan harus berwaspada.
Malangnya,
golongan inilah yang kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk
mendapatkan lebih banyak pujian dan DOSA. Simpan sahaja gambar-gambar
'kiut' (cute) anda buat tatapan suami. Cukup dengan
pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlu tamakkan
pujian manusia luar.
Tunggu
sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti. Sedarlah, kecomelan anda mungkin meruntuhkan rumahtangga
orang dan menimbulkan rasa cemburu wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami-suami
membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isteri masing-masing. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
Tagging gambar tanpa izin dan gambar
silam yang membuka aurat:
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar
merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar kepada kenalan dan
rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak. Isu ini juga
pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr
Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Kini terdapat ‘trend'
menyebarkan gambar-gambar lama, kemudian meletakkan tagging kepada
individu di dalam gambar itu. Perlu disedari bahawa setiap gambar yang
di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan
rakan kepada friend tersebut.
Ini boleh menjadi dosa,
kerana:
Sebahagian individu di
dalam gambar terbabit mungkin dahulunya tidak menutup aurat tetapi kini telah
menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah
haram.
Individu terbabit
berada di dalam rumah bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak
begitu sempurna dan gambarnya pula diambil dalam keadaan ‘candid'. Akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli
keluarga terhadap hal aurat gambarnya, kini ia telah disebar.
Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh
dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih
tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh
dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Malangnya, sebahagian
pemilik Facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau
mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
Gambar yang mengaibkan orang lain.
Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan.
Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam
keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan.
Tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan
baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama
baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di
khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak.
Semua perlu sedar bahawa anda mungkin
bebas menyiarkan gambar anda sendiri tetapi bukan gambar orang lain. Dapatkan keizinan
terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
Terdapat
juga wanita-wanita yang berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra
caution dalam bab aurat sewaktu di universiti atau sekolah. Namun
sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik
dengan mekap cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang
tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Seribu
satu macam alasan diberikan. Si suami pula mungkin bukan
dari jenis orang yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan,
apabila gambar lama yang berpakaian extra caution lagi sopan
di Facebook disiarkan oleh rakan-rakan lama, tuan punya tubuh pula kelihatan
tanpa malu dan segan mengutuk diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Lahirlah kata-kata seperti, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman
solehah', ‘waktu innocent', zaman suci', ' zaman kuno', 'masa duduk
bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedari, dia
mendedahkan keaiban diri sendiri. Apabila berkata ‘zaman solehah’ ini bermakna bahawa
kini dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan lain-lain. Ia juga
sekaligus seolah-olah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai
diri, jika tidak mampu istiqamah di atas pakaian dan penampilan dahulu, jangan
pula sampai mengutuk, kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi
baik.
Kesimpulan
Facebook boleh menjadi
sumber pahala jika diguna dengan betul, dan boleh menjadi pemudah azab jika
digunakan tanpa ilmu dan batasan. Berhati-hati dan
berpada-padalah wahai pemilik Facebook.
Niat untuk mendekatkan
ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan
sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.
Janganlah permainkan perkataan 'ukhuwwah'
untuk berbuat dosa.
‘Ukhuwwah’ hanya terhad
kepada yang membawa ingatan pada Allah, mengajak kebaikan dan menjauhi
kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan Kalam
Allah sebaik-baiknya erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
No comments:
Post a Comment