serenemaklong.blogspot.com
ADA sepasang suami isteri, di mana si isteri adalah wanita yang sangat cantik tanpa cacat sedikit pun. Si suami sangat mencintai isterinya, begitu juga sebaliknya.
Suatu ketika wabak penyakit kulit menular di tempat tinggal pasangan bahagia ini. Si isteri adalah salah seorang yang menjadi mangsa. Kecantikan kulitnya hilang, wajah berubah sangat teruk.
Kebetulan, si suami berada di luar daerah dan tidak tahu tentang penyakit kulit yang telah menyerang isterinya.
Malang tidak berbau. Dalam perjalanan pulang, si suami mengalami kemalangan yang menyebabkan dia menjadi buta.
Masa berlalu, dari hari ke hari. Si isteri yang pada mulanya bidadari berubah menjadi wanita yang hodoh dan menyeramkan. Namun, disebabkan si suami telah buta dan tidak dapat melihat perubahan itu, kehidupan mereka tetap berjalan seperti biasa, penuh kasih sayang dan cinta seperti mula-mula mereka menikah.
Selepas 40 tahun hidup bersama, si isteri meninggal dunia. Pemergian isteri tersayang sangat mendukacitakan si suami. Dia merasa kehilangan yang amat sangat.
Selesai upacara pengkebumian, si suami yang kini telah menjadi duda merupakan orang terakhir yang keluar dari tanah perkuburan itu.
Ketika berjalan, datanglah seorang pemuda menyapanya, "Pakcik hendak ke mana?"
Jawab si duda, "Nak balik ke rumah."
Мendengar jawaban itu, pemuda tersebut rasa sedih melihat lelaki buta itu terpaksa hidup bersendirian pula.
Lalu dia bertanya lagi, "Pakcik buta. Selalunya pakcik berjalan dengan makcik. Sekarang macam mana pakcik hendak balik sendiri?"
Jawab si duda, "Sebenarnya pakcik tak buta. Selama 40 tahun pakcik berpura-pura buta semata-matakerana ingin menjaga hati isteri pakcik supaya tidak merasa rendah diri. Tentu dia rasa tertekan kalau dia tahu yang pakcik sedar dia sakit dan mukanya dah berubah menjadi hodoh"
Si pemuda itu terkedu dengan kenyataan tersebut. Sungguhlah cinta mereka itu semata-mata kerana Allah
Pesan Buat Sahabat
Τerimalah pasangan kita dengan segala kekurangan dan kelebihannya. Bukan kita mencari orang yang sempurna kerana orang sedemikian tidak wujud di alam nyata. Yang penting bagaimana mencintai pasangan dengan cara yang sempurna dalam keadaan apa juga
ITULAH CINTA YANG SEMPURNA....
SEMOGA BERMANFAAT
(Jutaan terima kasih kepada Wiliani
Shaleha yang berkongsi kisah
indah ini)
No comments:
Post a Comment