serenemaklong.blogspot.com
KEHADIRAN air dalam sesebuah taman menandakan keseimbangan alam iaitu keharmonian suasana yang terhasil serta hubungan elemen semula jadi antara tanah dan air.
Elemen
air dalam laman kediaman bukan hanya menambahkan keceriaan kepada ruang
berkenaan, malah memberi unsur ketenangan melalui bunyi air.
Pancutan air membantu menambahkan
rasa segar sekali gus mengubah mood individu yang berada di sekitarnya.
Disebabkan itu, elemen air jarang ditinggalkan ketika pembinaan sesebuah taman.
Membina laman dengan unsur air di dalamnya memerlukan kepakaran. Namun, bagi memudahkan kerja dapatkan saja khidmat pereka dan kontraktor landskap untuk membina.

Bagi mereka yang tiada kemampuan kewangan, ditambah pula dengan ruang laman
yang terhad, cara mudah lagi menjimatkan untuk mewujudkan unsur air dalam taman
adalah dengan mewujudkan laman air mini menggunakan baling, mangkuk atau
perkakasan dapur yang sesuai. Balang atau mangkuk ini kemudian diletakkan di
atas meja atau sudut sempit di laman atau balkoni kediaman.
Selain itu, di pasaran ada kedai
aksesori laman dan hiasan dalaman serta nurseri yang menjual pancuran air mini
menggunakan kuasa bateri atau elektrik.
Pada harga yang mampu dibeli, pilih corak dan reka bentuk yang disukai. Disarankan, pilih pancuran dari jenis tidak bertakung kerana dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Satu cara menarik menghias ruang laman atau meja laman adalah dengan
menghasilkan sendiri taman mini air menggunakan mangkuk atau balang air serta
perkakasan dapur.
Pilih mana-mana balang atau akuarium terbuang yang masih boleh dipakai semula, mangkuk atau pun mana-mana perkakasan dapur yang cembung serta boleh diisi air.
Untuk refleksi yang cantik, gunakan mana-mana bekas lutsinar seperti balang kaca, akuarium, mangkuk kaca atau kristal. Kemudian isi dengan pasir atau batu-batu kerikil atau batu sungai yang kecil.
Selepas itu hiaskan sama ada dengan karang, kayu atau apa-apa aksesori yang sesuai termasuk yang biasa digunakan bagi menghias akuarium.
Kemudian masukkan air dan diikuti pokok air yang sesuai seperti melati air, keladi bunting, kiambang, teratai atau orkid air.
Bagi menaikkan seri, gabungkan pokok yang pelbagai warna, saiz dan bentuk kerana ia akan memberikan karektor kepada taman air mini yang dihasilkan.
Mengelak daripada menjadi sarang nyamuk, dapatkan ubat penghapus jentik-jentik yang boleh dibeli di nurseri atau kedai ikan hiasan. Selain itu, kaedah semula jadi adalah dengan memasukkan ikan kecil seperti anak ikan gapi, puyu, ikan emas atau ikan Garra Rufa.
Jika air mengandungi banyak klorin, disarankan biarkan air terdedah lebih 24 hingga 48 jam sebelum masukkan tumbuhan dan ikan di dalamnya supaya tidak mati.
Bagi mencantikkan lagi taman air mini, letakkan hiasan seperti lumut teriuan, karang laut, kulit kerang atau siput, batu (pebbles) serta ranting kayu hanyut di luar sekeliling balang berkenaan.
INFO Pokok taman air
Keladi bunting
Teratai
Kiambang
Papyrus
Pokok Chemelon ‘Houttuynia 'Chameleon'
Orkid Air
Melati Air
Pokok Bulu Kaktua (Parrots Feather)
Pokok Frogbit

Tip
Pokok keladi bunting dan kiambang biasanya cepat membiak dan membesar mengikut saiz balang atau mangkuk, oleh itu kerap bersihkan supaya ia tidak menutup ruang bekas berkenaan.

Pastikan hanya 40 hingga 50 peratus saja pokok berada
dalam bekas berkenaan bagi mengelakkan nampak berserabut dan mencacatkan
pemandangan.
(Sumber: Rohaniza Idris/Berita Minggu)
No comments:
Post a Comment