serenemaklong.blogspot.com
ANAK-ANAK muda daripada golongan Gen Y (dilahirkan
pada 1980an) sering menterjemahkan perasaan masing-masing dengan ucapan atau
kata-kata tertentu.
Ada juga juga di kalangan Gen X (dilahirkan pada 1970an) atau baby
boomers (dilahirkan di antara 1950an dan lewat 1960an) yang turut terbawa-bawa
dengan cara pengucapan mereka.
Sayangnya, kadangkala kata-kata itu boleh
mengundang kemurkaan Allah SWT dan juga kemarahan orang
keliling. Oleh itu elok rasanya kita ubah kebiasaan itu dengan kata-kata yang
boleh membawa pahala.
Yang biasa diucapkan
|
Yang sebaiknya diucapkan
|
Gempak giler
|
Subhanallah
|
Oh my god
|
Ya Allah
|
Terbaek
|
Alhamdulillah
|
OK, orait
|
InsyaAllah
|
Cilakak
|
MasyaAllah
|
Elemak…lupalah pulak
|
Allahumassolli`ala Muhammad
|
Ah…pening
|
Astaghfirullah
|
Eee…teruknya
|
Na’uzubillah
|
Opocot
|
AllahuAkbar
|
Hek eleh
|
La Ilaha Illallah
|
Inilah zikir dan selawat yang akan
mendekatkan kita kepadaNya.
mudah tapi anak muda skrg sukar untuk menerima teguran
ReplyDeleteKalau diajar secara lembut lagi santai, mungkin mereka mahu agaknya. Tapi ini memerlukan masa dan kesabaran kerana pengaruh rakan sebaya (peer-pressure) sangat kuat.
ReplyDelete