POKOK berbunga memang menjadi hiasan kediaman yang lazim. Namun pokok berdaun berwarna-warni juga tidak kurang hebatnya. Pokok Ati-Ati misalnya mempunyai daun pelbagai bentuk dan corak dengan pelbagai campuran warna seakan-akan warna pelangi.
Dahulu nama
saintifiknya ialah Coleus blumei tetapi kini ditukar kepada Solenostemon scutellarioides. Ia
dikategorikan dalam famili tumbuhan Labiatae. Pokok yang mudah ditanam dan
dijaga ini berasal dari Pulau Jawa, Indonesia.
Bunga pokok pelangi ini bersaiz kecil berwarna ungu atau biru dan tumbuh dalam gugusan pada pokok yang sudah matang.
Ia senang dibiakkan dengan cara keratan batang matang. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasar raya.
Bunga pokok pelangi ini bersaiz kecil berwarna ungu atau biru dan tumbuh dalam gugusan pada pokok yang sudah matang.
Ia senang dibiakkan dengan cara keratan batang matang. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasar raya.
Cara Penanaman:
Kerat beberapa hujung batang berdaun yang sudah matang
kira kira 4 inci panjang dan tanggalkan beberapa helai daun yang paling bawah
(foto1).
Celupkan bahagian keratan tadi dalam serbuk hormon
penggalak akar (foto 2).
Semai dalam medium pasir sungai (foto 3).
Siram dan letakkan dalam beg plastik agar keratan batang
ini cepat berakar (foto 4).
Keratan batang ini juga senang berakar apabila diletakkan dalam air takungan. Apabila berakar pindahkan ia untuk ditanam dalam medium tanaman kekalnya.
Kaedah lain ialah dengan menanam terus keratan batang tadi dalam medium tanaman kekalnya.
Campuran medium tanaman yang disyorkan ialah 3:2:1 (tanah peroi:tanah gambut/baja kandang : pasir sungai). Boleh juga menggunakan medium tanaman yang telah siap dicampur untuk pokok berpasu yang dibeli dari pusat tanaman.
Penjagaan
Air: Medium tanamannya perlu sentiasa lembap. Pokok ini memerlukan banyak
siraman air untuk cepat membesar dengan corak serta warna daun yang terang dan
menarik. Siram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada hari
panas. Siram apabila perlu saja pada hari hujan.
Cahaya matahari: Ia sesuai didedahkan kepada banyak cahaya matahari untuk mendapatkan corak
dan warna daun yang terang dan menarik. Jika diletakkan di tempat teduh warna
daunnya akan menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak serta kurang
menarik penampilannya.
Pembajaan: Gunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang telah diproses atau baja kimia cecair atau baja garam larutan. Berhati-hati jika menggunakan baja bijian kerana bahagian pokok seperti batang atau daun akan melecur apabila terkena butir baja jenis ini.
Petua Penanaman
Pembajaan: Gunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang telah diproses atau baja kimia cecair atau baja garam larutan. Berhati-hati jika menggunakan baja bijian kerana bahagian pokok seperti batang atau daun akan melecur apabila terkena butir baja jenis ini.
Petua Penanaman
Potong hujung batang yang berpucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan seterusnya merimbunkan pokok.
Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak ranting.
Potong bunga bagi menggalakkan pertumbuhan daun dan membentuk pokok yang sihat.
Gembur medium tanamannya agar pokok tumbuh lebih subur dan membentuk rumpun yang menarik.
Idea pameran
Ia cantik ditanam di dalam pasu secara solo atau digubah bersama dengan tanaman lain.
Ia juga sesuai ditanam di tanah secara solo atau sebagai gubahan bersama dengan tanaman lain.
(Adaptasi dari idea Abu Bakar Mad Daud/Berita Minggu)
pokok2 yg berzikir untuk tuannya...alhamdulillah
ReplyDeleteTerima kasih banyak kerana sudi singgah.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada informasi tentang pokok ati ati ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteJiwa dah tersentuh dengan pokok ati ati.
Pantang jumpa yang baru, pasti ringan kocek.