KALI pertama saya menyaksikan persembahan
Gordang Sembilan ialah pada hari Mesyuarat Agung Persatuan Mandailing Malaysia
di Dewan Majlis Perbandaran Nilai, 28 Januari 2012 yang lalu. Bunyinya sungguh
hebat bagai genderang perang, sungguh mengujakan.
Menurut pakar muzik etnik dari Universiti Sumatera Utara,
Irwansyah Harahap, alat genderang terbesar di dunia adalah gordang sembilan
milik masyarakat Mandailing di Sumatera Utara (Sumut) bahagian selatan. Jumlahnya
sembilan buah dan gordang terbesar panjangnya kira-kira dua meter. Empat orang
diperlukan untuk memainkannya. Gordang Sembilan kerap
dimainkan dalam perayaan-perayaan besar.
Jaffar Lubis dari Desa Manambin, Kecamatan Kotanopan, Kabupaten Mandailing Natal (Madina), Sumut, merupakan seorang pembuat Gordang Sembilan yang terkenal. Anak Mandailing yang lahir pada 26 Januari 1960 ini telah membuat alat muzik tersebut sejak 20 tahun lalu. Hasil tangannya bukan sahaja ditempah oleh masyarakat Mandailing di Sumatra, malah dari Malaysia dan Singapura.

Sebuah set gordang sembilan
dengan ukuran normal boleh dibuat daripada sebatang pohon utuh yang panjangnya sekitar 12 meter. Kesemua gordang
sembilan mempunyai ciri-ciri yang sama kerana ia diambil dari pokok yang sama. Untuk set terbaik, gordang terbesarnya berukuran
panjang 165 sentimeter, diameter atas 43 sentimeter dan diameter bawah 40
sentimeter. Ukuran selanjutnya dari gordang dua sampai sembilan adalah,
160-40-38, 155-30-35, 150-35-32, 140-32-30, 135-30-28, 130-28-25, 125-25-23,
dan 110-22-20. Jika saiznya lebih besar daripada itu bunyi gordang tidak merdu
lagi.
Untuk membuat sebuah perangkat
gordang sembilan, Jaffar Lubis memerlukan kira-kira sebulan keluar masuk hutan mencari
pohon yang sesuai. Kayu yang terbaik untuk gordang sembilan ialah kayu ingol
atau surian yang boleh diperolehi di sekitar Gading Baing, tidak jauh dari
Manambin.
Kerja awal yang dilakukannya ialah memotong kayu itu dengan panjang yang tepat, dan dilubangi tengahnya agar ringan. Semua itu dikerjakan oleh Jaffar di tengah-tengah hutan. Jaffar harus berhati-hati supaya tidak tersilap memotong kerana jika itu berlaku, potongan kayu tersebut menjadi sia-sia. Jika kayu pokok lain diguna untuk menggantikannya, ciri-ciri kesamaan gordang sembilan tidak wujud lagi.

Setelah siap dipotong dan
dilubangi, kayu-kayu itu diangkut pulang ke rumah. Di sini kulit lembu putih yang
kering dinamakan jangat diregangkan di bahagian yang bakal dipukul dengan rotan, sekaligus menjadi alat pengikatnya. Kulit yang baik ialah yang tidak terlalu tebal
dan juga tidak terlalu nipis.
Kemerduan bunyi sebuah gordang
terletak pada pemain yang memukul dengan pemukul diperbuat daripada kayu.
Pemain pertama yang memainkan gordang 1, 2, dan 3, yang disebut jangat,
mempunyai peranan besar dalam permainan keseluruhan. Yang memainkan gordang 4
dan 5 disebut jogo-jogo, pemain gordang 6 dan 7 disebut udong-udong, sedangkan
pemain gordang 8 dan 9 disebut tepe-tepe.
Kesembilan gordang
tersebut mempunyai nama sendiri yang tidak sama di semua huta/banua di Mandailing.
Nama Gordang Sambilan di Tamiang dan Huta Pungkut (Mandailing Julu) daripada
yang besar hingga yang kecil adalah (1) Jangat (Siangkaan); (2) Jangat (Silitonga); (3) Jangat (Sianggian); (4) Pangaloi;
(5) Pangaloi; (6) Paniga; (7) Paniga; (8) Udong-Kudong; dan (9) Eneng-Eneng.
Gordang Sembilan dilengkapi dengan dua buah ogung (gong) besar. Gong yang paling besar dinamakan ogung boru-boru (gong betina) dan yang lebih kecil dinamakan ogung jantan (gong jantan); satu gong kecil berpencu yang dinamakan doal dan tiga gong lebih kecil dinamakan salempong atau mongmongan. Gordang Sembilan juga dilengkapi dengan seruling buluh dinamakan Sarune atau Saleot dan sepasang simbal kecil yang dinamakan tali sasayat atau tali sasayak.
Sumber: Abdul Razzaq Lubis
Rosli Adnan Nasution.
No comments:
Post a Comment