serenemaklong.blogspot.com
KAMAL ATARTURK diberi gelaran al-Ghazi (orang yang
memerangi). Perkataan Atarturk bermakna bapa orang Turki. Atarturk ialah orang
yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada 1343H (1924M).
Dilahirkan pada 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya, Ali Reda Afandi bekerja sebagai pengawal di Jabatan Kastam. Ada yang mengatakan Afandi ialah bapa tiri Atarturk dan bukan bapa kandung.
Guru matematiknya bernama Mustafa bertugas di sebuah
sekolah menengah tentera. Dia tertarik dengan kebolehan Atarturk dalam bidang
matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
Ketika berusia 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika,kemudian menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada 1302H (1885M). Pada 1322H (1905M), dia ke kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada 1325H. (1907M), serta ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Atarturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya, Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Atarturk. Kediamannya penuh dengan segala macam kemungkaran, daripada arak hinggalah wanita.

Kemungkaran Mustafa Kamal Atarturk
Ketika menjadi Perdana Menteri Turki, dia membuat undang-undang yang bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Dia sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Dia pernah menegaskan "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung dan tugu di seluruh bandar Turki.
9. Dalam satu ucapannya di Belikesir, dia mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium. Sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang solat berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan." Dia tersenyum bangga dengan jawapan itu.
Penderitaan di saat kematian
Di
saat kematian, Atarturk menderita berbagai jenis penyakit seperti:
1. Menderita sakit gatal kulit seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga bomba dikerah menyiram rumahnya 24 jam. Pembantunya juga diarah meletak ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan badannya.
Bagaimanapun rasa panas itu tidak hilang. Oleh kerana tidak tahan, dia menjerit sehingga didengari oleh seluruh penghuni istana. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, kakitangan istana menghantar dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia dapat merasa sejuk.
Pada 26 September 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas. Apabila sedar selepas itu ingatannya telah hilang.
Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu meninggal, tidak sesiapa yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayatnya.
Mayatnya diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan dia. Ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan dan hendak dikebumikan, tanah tidak menerimanya.
Sebab sudah tiada jalan lain, akhirnya mayat Atarturk diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke muzium selama 15 tahun hingga ke tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya cuba ditanam semula, namun bumi tetap tidak menerimanya.

Sebagai
jalan keluar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu
bukit. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar seberat 44 tan.
Ulama
sezaman Kamal Atartuk mengatakan bahawa, bukan sahaja bumi Turki, malah seluruh bumi Allah ini tidak
akan menerima dia!
(Sumber:
blog-misteri.blogspot.com)
Ya Allah peliharilah kami ....
ReplyDeleteKematian yang dahsyat. Na'uzubillah!
ReplyDelete