Monday, May 1, 2017

Seri Mahkota Al Quran



Sayyidina Muaz Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, jika matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.

Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud).

(Fadilat Amal m.s. 260)

Ibu bapa dapat pakai mahkota hasil dari bacaan dan amalan isi al-Quran yang dilakukan oleh anak-anak. Mahkota itu lebih hebat dari mahkota Ratu England.

Takkan kita sendiri tak teringin, kot. Jadi, jom ramai-ramai baca dan amalkan al-Quran setiap hari mulai sekarang. Tak payah tunggu Encik Ramadhan datang baru nak buat!!!

No comments:

Post a Comment