Thursday, May 4, 2017

6 Skim Rumah Mampu Milik Syurga



Rumah. Di dunia, berapa ramai orang berhempas pulas bekerja siang malam ligat ke sana ke mari demi membeli rumah idaman. Kemudian hanya tinggal 10 atau 20 tahun paling lama, kita wariskan pula pada orang lain.

Bersungguh-sungguh kita mengikat perut demi rumah dunia. Bagaimana dengan rumah di syurga yang ditawarkan Allah? Berikut beberapa skim rumah mampu milik di syurga yang ditawarkan Allah:

Skim 1 - Bina Masjid
Skim 2 - Membaiki perangai
Skim 3 - Elakkan bertekak
Skim 4 - Elakkan berbohong walaupun bergurau
Skim 5 - Redha dengan kematian anak
Skim 6 - Rutinkan 12 rakaat solat sunat rawatib

..............................................

Bina Masjid-“Sesiapa yang membina masjid maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam riwayat lain, “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung Qata atau lebih kecil, Allah akan bina untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat Ibn Majah)//

Membaiki perangai, Elakkan bertekak, Elakkan berbohong walaupun bergurau-“Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga untuk orang yang meninggalkan lawan cakap sekalipun dia di pihak yang benar, dan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan sebuah rumah di kawasan tinggi syurga bagi sesiapa yang membaiki akhlaknya.” (Riwayat Abu Dawud)//

Reda dengan kematian anak “Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berkata kepada malaikat, ‘Kamu mencabut nyawa anak hambaku?’ Malaikat menjawab: ‘Ya.’ ‘Kamu mencabut nyawa buah hatinya?’ ‘Ya.’‘Lalu apa kata hamba-Ku itu?’‘Dia tetap memuji-Mu dan mengucapkan istirja‘.
‘Bina untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu baitulhamd (rumah pujian).’” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad) //

12 rakaat solat sunat rawatib“Sesiapa yang solat sunat sehari semalam 12 rakaat, dibina untuknya sebuah rumah di syurga.” (Riwayat Muslim)

[Ustaz Luqman Makhtar// Itu Juga Jalan Kita ke Syurga]

No comments:

Post a Comment