Thursday, May 4, 2017

Ganjaran Mukmin Yang Berkat Usia


Si hamba yang diberkati usianya, dalam masa singkat akan meraih aneka kurnia Allah. Bagi Mukmin yang rumah Allah dekat di hatinya, peka dengan suara azan dan solat fardu berjemaah di rumah Allah. Allah menjanjikan pelbagai perkara berikut, biiznillah!

1) Berniat sebelum tidur sudah dikira ibadat.
2) Tidur 4-5 jam dikira ibadat.
3) Bonus ibadat semalam suntuk tanpa tidur.
4) Didoakan malaikat (jika berwuduk sebelum tidur).
5) Dapat ganjaran dakwah bilhal (dakwah dengan perbuatan).
6) Kehidupan diberkati (dapat doa Rasulullah).
7) Mudah dan senang semasa berbangkit kelak.
8) Kepergian ke rumah Allah dan pulang dikira per langkah.
9) Bonus ibadah haji bagi solat berjemaah.
10) Bonus ibadah haji bagi majlis ilmu di pagi hari di rumah Allah.
11) Jalan ke syurga mudah dan lancar.
12) Didoakan malaikat dalam majlis zikir dan majlis ilmu.
13) Didoakan malaikat kerana iktikaf di rumah Allah.
14) Dapat keampunan Allah (baliklah ke rumah, dosa sudah diampunkan Allah).
15) Ibadat solat fardu berganda.
16) Meraih fadilat azan.
17) Meraih fadilah solat berjemaah (saf pertama dll).
18) Meraih ibadat sunat (solat rawatib).
19) Meraih fadilah zikir dan tilawah.
20) Tilawah berganda, satu huruf dinilai 10 mata.
21) Ganjaran zikir berganda satu perkataan dinilai 10.
22) Meraih gelaran VIP akhirat.
23) Meraih doa malaikat pemikul ‘Arasy.
24) Dapat doa para solehin.
25) Tanah perumahan jadi saksi.
26) Jalan yang dipijak atau ditempuh juga turut jadi saksi.
27) Tetap dapat point dan prestasi saat ada halangan tidak hadir solat berjamaah.
28) Mendedahkan diri ke dalam majlis para malaikat.
29) Mencintai sesama jemaah se-iman (ikhwah fillah).
30) Menghidupkan sunnah Rasul saat orang lain lalai.
31) Hidup mati si hamba senang dan diurus oleh Allah.
32) Mendidik diri cinta akhirat.
33) Memperkecil cinta dunia dalam hati.
34) Berjinak mesra dengan malaikat.
35) Membuat syaitan tersiksa dan binasa.
36) Mudah semasa meninggal dunia.
37) Motivasi bermuhasabah diri.
38) Meraih maklumat dan makanan rohani.
39) Kenaikan darjat di sisi Allah.
40) Kesaksian malaikat.
41) Ketenangan dan ketenteraman fikiran.
42) Mendidik nafsu.
43) Berdakwal bilhal, dengan contoh teladan.
44) Meraih doa ikan di laut, semut dalam sarangnya dll.

[Kuliah maghrib MASJID ASSOLIHIN, BANDAR SERI BEGAWAN, 08 SYA’BAN 1438 / 05 APRIL 2017]



No comments:

Post a Comment