Saturday, November 19, 2016

Siapakah Kita Di Pagi Hari



Ulama berkata: "Siapa yang berpagi-pagi dalam keadaan selalu marah-marah adalah golongan manusia yang tidak berpuas hati dengan takdir Allah S.W.T.," Allah beri ujian pagi-pagi hari sebagai kafarrah untuk menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan pada malam sebelumnya. Tetapi sesetengah kita tidak sedar, kekadang pagi-pagi sudah marah-marah dan merosakkan kebahagiaan pagi kita (sedangkan Allah datangkan ujian di pagi hari untuk menghapus dosa yang tersisa).

Contoh:

_Marah-marah anak di pagi hari kerana sebab-sebab kecil.
_Pagi-pagi lagi tidak berpuas hati dengan suami/isteri/anak-anak.
_Marah-marah (atas perkara yang kecil) bila terkandas dalam kesesakan trafik atau kelewatan.
_Pagi-pagi sudah 'bad mood' _dan marah-marah kepada pekerja bawahan, walaupun kesilapan yang dilakukan hanya layak ditegur saja.

Ulama menyebut: "Manusia sebegini adalah dalam golongan manusia yang hati kecilnya tidak dapat menerima atau tidak berpuas hati dengan takdir Allah kepadanya."

Kita tidak sedar kesan marah-marah kita itu. Selalunya kita mengaku kita redha, tetapi hakikatnya akhlak kita mempamerkan hal sebaliknya. Sebab apa yang kita cakap itu hanya membohongi diri sendiri. Hakikatnya hati kita tidak berpuas hati dengan Allah.

Sebagai hamba-Nya, kita wajib redha dengan ketentuan takdir Allah S.W.T. Setiap yang ditetapkan Allah itu pasti ada sebabnya dan terbaik dari-Nya. Allah Maha Mengetahui. Selalulah cermin-cermin diri kita pada setiap pagi. Perbaiki hubungan kita dengan Allah dan jadilah orang-orang yang redha dan bersyukur dengan hati terbuka. Pasti ada hikmah dalam setiap yang Allah tetapkan kepada hamba-Nya.

Selalu zkirkan ... Astaghfirullah hal azim....La hawlawala Quwwata illa billaah...bagi mengubati, merawat dan mendidik hati supaya sabar dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Insya Allah.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Syaitan tidak akan mencuri rumah, kenderaan, harta, pangkat, pekerjaan kita, tetapi syaitan terus mengintai untuk mencuri keimanan yang kita miliki kerana syaitan sangat memahami bahawa yang paling berharga dalam setiap diri manusia adalah IMAN.

Teruskan Berselawat.

No comments:

Post a Comment