Friday, February 28, 2014
Azan Seruan Ilahi - Solat Sembah Ilahi
serenemaklong.blogspot.com
Apabila muadzin mengatakan, “Allahu Akbar Allahu Akbar”, maka salah seorang dari kalian mengatakan, “Allahu Akbar Allahu Akbar.”
Kemudian muadzin mengatakan, “Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah”, maka dikatakan, “Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah.”
Muadzin mengatakan setelah itu, “Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah”, maka dijawab, “Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah.”
Saat muadzin mengatakan, “Hayya ‘Alash Shalah”, maka dikatakan, “La Haula wala Quwwata illa billah.”
Saat muadzin mengatakan, “Hayya ‘Alal Falah”, maka dikatakan, “La Haula wala Quwwata illa billah.”
Kemudian muadzin berkata, “Allahu Akbar Allahu Akbar”, maka si pendengar pun mengatakan, “Allahu Akbar Allahu Akbar.”
Di akhirnya muadzin berkata, “La Ilaaha illallah”, ia pun mengatakan, “La Ilaaha illallah”
Bila yang menjawab azan ini mengatakannya dengan keyakinan hatinya nescaya dia pasti masuk syurga.” (HR. Muslim no. 848)
Rasulullah pernah mendengar seseorang yang azan mengatakan, “Allahu Akbar, Allahu Akbar.”
Rasulullah menjawab, “Dia di atas fitrah.”
Kemudian muadzin itu berkata, “Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah. Asyhadu An Laa Ilaaha Illallah.” Rasulullah berkata, “Engkau keluar dari neraka.” (HR. Muslim no. 845)
“Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan muadzin, kemudian berselawatlah untukku, kerana barang siapa yang berselawat untukku nescaya Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian dia meminta kepada Allah al-wasilah atasku, kerana al-wasilah ini merupakan sebuah tempat atau kedudukan di syurga, di mana tempat itu tidak mudah dimiliki kecuali untuk seseorang dari hamba Allah dan aku berharap, akulah orangnya. Siapa yang memintakan al-wasilah untukku maka dia pasti beroleh syafaat.” (HR. Muslim no. 847).
Siapa yang ketika mendengar azan mengucapkan doa, “Ya Allah! Wahai Rabbnya seruan yang sempurna ini dan solat yang akan ditegakkan ini, berikanlah kepada Muhammad al-wasilah dan keutamaan, dan bangkitkanlah baginda di tempat yang dipuji (maqam mahmud) yang telah Engkau janjikan kepadanya”, nescaya dia pasti akan beroleh syafaatku pada hari kiamat. (HR. Al-Bukhari no. 614, 471)
Aamiin.
✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.
[Solatlah anda sebelum anda disolatkan]
Nenek Dan Daun
serenemaklong.blogspot.com
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Dia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh.
Usai jualan, dia pergi ke masjid Agung di kota itu, berwudhu, masuk masjid, dan melakukan solat Zohor. Setelah membaca wirid sekadarnya, dia keluar masjid dan membongkok-bongkok di halaman masjid, mengumpulkan dedaunan yang bertaburan di halaman masjid. Sehelai demi sehelai dikaisnya. Tiada sehelai pun yang tertinggal.Agak lama juga dia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal sinaran matahari sungguh menyengat. Keringat membasahi seluruh tubuhnya.
Banyak pengunjung masjid kasihan melihat dia. Pada suatu hari kakitangan masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan yang ada sebelum perempuan tua itu datang.
Pada hari itu, nenek tua datang dan langsung masuk masjid. Usai solat, ketika dia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, dia terkejut. Tidak ada satu pun daun yang terserak di situ.
Dia kembali lagi ke masjid dan menangis. Dia bertanya mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya. Orang-orang menjelaskan bahawa mereka kasihan kepadanya.
Jawab nenek tua, “Jika kalian kasihan kepada saya, berilah saya peluang untuk membersihkannya.”
Dipendekkan cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan seperti biasa.
Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa dia begitu bersemangat membersihkan dedaunan. Perempuan tua itu hanya menjelaskan sebabnya dengan dua syarat, pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahsianya, dan
kedua, rahsia itu tidak boleh disebarkan ketika dia masih hidup.
Sekarang dia sudah meniggal dunia, dan anda dapat mendengar rahsia itu.
“Saya ini perempuan bodoh, Pak Kiai. Saya tahu amalan saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya ini tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat dari Nabi Muhammad saw. Setiap kali saya mengambil sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah saw.Kelak jika saya mati, saya ingin Nabi saw menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahawa saya membacakan selawat kepadanya.”
Kisah ini diceriterakan oleh Kiai Madura, D. Zawawi Imran. Ini boleh membuat bulu roma kita meremang. Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Dia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal di hadapan Allah swt. Lebih dari itu, dia juga memiliki kesedaran spiritual yang luhur. Dia tidak dapat mengandalkan amalnya. Ia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasulullah saw?
Wanita Tua inilah Susuk Bidadari Syurga......
Subhanallah......
”Allahumma Shollii Alaa Sayyidina Muhammad wa ‘Alaa Aali Sayyidina Muhammad
Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)
Niat Mahu Jadi Baik
serenemaklong.blogspot.com
Seorang anak kecil mengambil sebatang penyapu untuk membantu mengemaskan rumah. Tiba-tiba "Pangggg!!! Rupa-rupanya dia terlanggar mangkuk di atas meja. Itu bukan sebarang mangkuk, limited edition yang dibeli oleh ibunya semasa bercuti di United Kingdom.10 tahun si ibu menunggu peluang untuk mendapatkan mangkuk tersebut.Kini ia telah pecah berderai.
Ibu begitu marah! Namun dia mendiamkan diri sambil mengemas serpihan mangkuk kegemarannya. Tiba-tiba si ibu terfikir, mungkin 10 tahun masa yang diperlukan untuk mendapatkan mangkuk tersebut. Tetapi apakah nilainya berbanding mendapat anak yang soleh?
Si ibu bertanya, "Adik nak buat apa tadi?"
Jawab si anak, "Adik cuma nak tolong ibu. Maafkan adik, ibu. Adik tak sengaja"
Si ibu memuji niatnya yang baik. Dia hanya berpesan, "Lain kali hati-hati, ya."
ORANG YANG INGIN MENJADI BAIK MEMANG SERING KALI MELAKUKAN KESILAPAN. ITULAH FITRAHNYA. TETAPI TIDAK SEMUA ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN ITU HATINYA BERNIAT MAHU MENJADI BAIK.
Cukuplah ada hati "mahu menjadi baik" dalam diri seseorang. Kesalahan itu boleh diperbaiki kemudian. Itu lebih afdal daripada kita mendapat seorang yang hatinya "tidak mahu menjadi baik".
ITULAH AKHLAK NABI S.A.W. KETIKA MELIHAT KESALAHAN SESEORANG. Ini boleh lihat melalui peristiwa di mana seorang Arab Badwi yang lalu dan kencing di Masjid. Nabi tidak marah pelaku kesalahan. Nabi hanya menegur perbuatan itu dengan penuh berhemah. Itulah contoh tauladan sepanjang zaman.
Bersangka baik perlu juga seiring dengan usaha untuk memahami dengan baik dan tindakan memperbaikkan.
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
Jangan lihat pada kesalahan seseorang, tetapi lihatlah pada hatinya yang sentiasa ingin memperbaiki dirinya.
Semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh-Nya. Juga dikurniakan keluarga dan keturunan yang soleh /solehah.
[Aldzham Kamil]
Thursday, February 27, 2014
Membuat GULA AREN
serenemaklong.blogspot.com
1. Nira (niro) yang sudah dikumpulkan dari pohon aren dibawa ke PANGGULOAN (pangguloan=dangau yang dibangun khusus untuk tempat memproses pembuatan gula aren) dituangkan ke dalam kuali/wajen yang sudah disiapkan. Kayu terbaik untuk memasak gula aren berasal dari kayu aren yang sudah tua karena kalori ini lebih tinggi dari kayu bakar biasa maka proses memasaknya juga lebih cepat.
2. Pada awal proses memasak apinya perlu besar tapi setelah setengah masah sudah mau jadi TANGGULI (sudah mengental dan warna sudah berubah kemerah-merahan) api tidak boleh besar kalau ini terjadi gula akan hangus (mosok=hangus), rasanya akan pahit dan warnanya menjadi hitam. Proses memasak gula ini perlu waktu 3jam atau lebih.
3. Pada awal proses memasak gula aren ini, bumbung (taguk) dibersihkan dari sisa-sisa nira dengan air kemudian diasapi. Cara mengasapi dengan menyiapkan bambu berdiameter 3 atau 4 cm di colokkan pada sisi tungku tempat keluar asap pembakaran, bumbung (taguk) diletakkan secara terbalik ke ujung bambu sehingga asap masuk kedalam bumbung/taguk. Atau dengan cara, nira yang sudah mendidih dimasukkan kedalam bumbung sampai penuh, biarkan sekitar 30 menit kemudian tuangkan kembali kedalam kuali, Tujuannya agar dalam bumbung tidak ada cairan yang basi yang dapat mempengaruhi nira yang akan diambil pada waktu berikutnya, nira yang basi tidak dapat diproses menjadi gula aren.
4. Apabila nira menjadi pekat dan sudah siap untuk diangkat dari adonan disebut TANGGULI, cirinya, berat ketika diaduk dan kalau diambil sedikit dari kuali dan dituangkan kembali adukan akan putus-putus, kalau di tuangkan ke dalam air dingin, cairan pekat ini akan membentuk benang yang tidak putus-putus.Kalau sudah begitu, adonan (tangguli) yang sudah masak diangkat dari tungku dan dituangkan kedalam cetakan yang sudah disiapkan. Biasanya cetakan dibuat dari bagian luar batang bambu dalam bentuk lingkaran, ujungnya di jepit, dan kalau gula sudah mengeras cetakan dibuka dan jadilah gula aren (gulo bargot)
5. Pada masa sekarang banyak proses pembuatan gula ini dengan menambahkan bahan tambahan untuk mempercepat proses pembekuan bahkan ada yang menambahkan gula tebu (gula pasir) karena lebih murah harganya
[ Foto: Halim Nasution, Mandailing Indonesia]
RESEPI BUBUR BIJI SALAK:
Ubi keledek direbus, kemudian dilecek dan digaul dengan sedikit tepung pulut. Selepas itu bentukkan adunan menjadi bujur seolah-olah biji buah salak. Sementara itu didihkan air dan masukkan biji salak tadi. Bila ia timbul, angkat dan tuskan. Masak pula gula aren dalam sebuah bekas lain bersama-sama dengan daun pandan yang telah disimpul. Letakkan secubit garam buat perasa. Masukkan biji salak ke dalamnya. Bila ia sebati dengan air gula itu bolehlah matikan api dan hidangkan kepada tetamu. Kata empunya resepi ini rasanya "SODAP."
[Resepi:Sabarina Hamzah Nasution / Foto: Kemboja Putih Nasution]
Nasihat Buat Beringat
serenemaklong.blogspot.com
Apabila melihat orang jahil, mereka mungkin lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. (Imam Al-Ghazali).
Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan 4 perkara:
1. Kurangkan tidur
2. Kurangkan makan
3. Kurangkan bercakap
4. Berpada-pada dengan rezeki yang ada
(Imam As-Syafie)
Orang riyak cuba menipu Allah dan manusia lain dengan kebaikannya tetapi sebenarnya dia menipu dirinya sendiri.
Semoga Allah memelihara kita daripada tergolong dalam kalangan orang yang mempamerkan kebaikan demi meraih pujian.
Semoga kita menjadi hamba yang melakukan kebaikan demi mencari redha-Nya.
Di akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia bertanya, “Wahai Tuhanku, dari mana datangnya kebaikan yang banyak ini sedangkan aku tidak pernah melakukannya?” Maka Allah menjawab, “Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”
Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.” (As Syahid Imam Hassan Al-Banna).
Wednesday, February 26, 2014
Video Games Rosakkan Anak-anak Kita
serenemaklong.blogspot.com
PIHAK DUNIA BARAT, YANG DIKUASAI YAHUDI dan Nasrani, sangat memusuhi Islam... Mereka telah menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan akidah umat Islam, termasuklah melalui VIDEO GAME... Mereka sedar, Umat Islam tidak dapat dijatuhkan melalui senjata, tetapi dengan cara MENJAUHKAN MEREKA DARI CARA HIDUP ISLAM, MELALAIKAN MEREKA, DAN MELEMAHKAN AKIDAH MEREKA.... Mereka menggunakan pendekatan secara halus, diantaranya melalui permainan komputer... Mari kita lihat DUA video game popular yang menghina Islam...
1) DEVIL MAY CRY 3:- Satu permainan komputer yang digilai remaja di negara ini, yang dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya, kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah... Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang SYAITAN, kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir... Dan pintu yang terakhir itu ialah PINTU KAABAH.... Jelas tertera apabila KALIMAH ALLAH DIPAPARKAN DI SETIAP PINTU yang dikawal syaitan, termasuklah di PINTU KAABAH...
2) GUITAR HERO 3 - LEGENDS OF ROCK:- Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik... Paparan KALIMAH ALLAH TELAH DIJADIKAN PAPARAN LANTAI dan kemudian DIPIJAK-PIJAK OLEH MAKHLUK YANG BERUPA “SYAITAN” bermain gitar! Sungguh biadap game ini.... Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini.... Diantara kesan buruk video games kepada Umat Islam adalah:-
1] TERPENGARUH DENGAN PROPAGANDA MUSUH... Lebih2 lagi dengan teknologi yang hampir menyerupai alam realiti... Nilai2 Islam sudah menjauh... Jangan sebut pasal solat dan sepertinya..
2] MEMBAZIR MASA, WANG DAN TENAGA.... Terdapat murid2 dan pelajar2 sekolah yang sanggup berhabisan duit untuk bermain video game di CYBER CAFE... Malahan ada yang sanggup MENCURI DAN MENIPU IBUBAPA semata-mata untuk melayan video game... Pelajaran diabaikan...
3] MELALAIKAN BAGI MEREKA YANG KETAGIHAN... Bayangkan kalau duduk mengadap game sehingga lupa pada tanggungjawab... Lupa makan dan minum.. Ada yang berjaga hingga jauh malam... Malah hingga ke pagi hari... Pasti memberi kesan negatif kepada institusi kekeluargaan...
4] MASALAH FIZIKAL.... Selain memberi kesan kepada mata, badan jadi lemah, kesihatan terjejas... Dan seterusnya membawa ke mental....
BUKAN SEMUA PERMAINAN VIDEO MEMBERI PENGARUH BURUK terhadap penggemarnya... Mungkin ianya memberi impak pada segelintir yang tidak mampu membezakan yang baik atau buruk... Yang paling penting perlu ada ialah PENGAWASAN DAN DISIPLIN DIRI..... IBUBAPA PERLU TEGAS DENGAN ANAK2.... Ia bagi mengelakkan pengaruh negatif yang ditonjolkan dalam permainan video memberi kesan kepada penggemarnya.....
The "Pious" Husband
serenamaklong.blogspot.com
There was this beautiful woman, who wanted to get married, but she wanted a very pious husband, so she said that she’ll marry the man who recites the whole Quran every single day, fasts for the whole year and stays awake and worships Allah all throughout the night.
She was a very beautiful woman, and a lot of suitors wanted to marry her, but they knew they couldn’t fulfil the conditions she set. Until this one man stepped forward and said he could fulfil them. So the Imam got both of them married.
After the first night of the marriage, the wife sees that the husband doesn’t recite the whole of the Quran, nor does he fast, nor does he stay awake in the worship of Allah, she decided to let it roll on for a few weeks to see if there were any changes, there weren’t, so she filed a complaint and asked for a divorce.
They are both taken in front of the judge, and the judge asked, ‘What were the conditions of the marriage?’ the man replied ‘They were for me to recite the whole Quran daily, keep fast for the whole year and to worship Allah all throughout the night.’
The Judge asked, ‘ did you fulfil them? The man calmly answered, ‘…yes.’
The judge answers, ‘you lie, your wife has said that you don’t, that’s why she’s asking for a divorce’.
But the man insisted that he had fulfilled the conditions, so the judge asked, ‘did you recite the full Quran everyday?’ The man answered yes. The Judge, baffled asked, ‘how? How can you do that?’ The man coolly answered, ‘I recite Surah Ikhlas three times a day and according to Prophet Muhammad (saw), reciting Surah Ikhlas three times is equivalent to reciting the whole Quran.’ The Judge was intrigued, so he asked, ‘how did you fast the whole year?’ The man answered, ‘ I fasted for the whole month of Ramadan, then kept another six fasts in the month of Shawwal, according to Prophet Muhammad (saw), keeping all of the fast of Ramadan then keeping six fasts in the month of Shawwal, is as if you have fasted for the whole year.’
The Judge remained silent, he couldn’t give a reply saying the man was wrong, so finally he asked, ‘ how did you stay awake all night and worship Allah, when your wife saw you sleeping?’ The Judge thought the man wouldn’t be able to answer this one, but the man, cool as a cucumber answered, ‘I prayed Salatul Isha with jamaat, then the next day prayed Salatul Fajr with jamaat, according to Prophet Muhammad (saw), the one who prays Salatul Isha and Salatul Fajr with jamaat, it is as if he had stayed up all night worshipping Allah.’
The Judge sat there looking at the man; the final verdict was about to be released…
He said to the man and his wife, ‘…go, just go, there is nothing wrong with this marriage…
[Islam In My Heart]
Bunga Kemboja
serenemaklong.blogspot.com
Nama lain untuk bunga kemboja ialah frangipani. Ia merupakan nama seorang keluarga bangsawan Itali, Marquis Frangipani pada abad ke-16 yang mencipta minyak wangi berbau kemboja.
Tanaman ini akhirnya tersebar ke merata kawasan tropika termasuk Mexico, Amerika Tengah, Colombia dan Venezuela. Di kepulauan Pasifik seperti Tahiti, Fiji, Samoa, Hawaii, New Zealand, Tonga dan Pulau Cook, bunga kemboja dihasilkan untuk membuat kalungan bunga.
Dalam budaya Polynesia moden, bunga kemboja dipakai untuk menentukan status seseorang wanita. Jika bunga itu diselitkan di telinga kanan, ini bermakna wanita itu mencari pasangan manakala jika dipakai di telinga kiri bermakna dia sudah berpunya.
Bagaimanapun, bunga kemboja sukar ditemui di China, justeru ia lebih berharga daripada orkid di sana. Lantas, apabila seseorang itu diberikan bunga kemboja, ia umpama menyatakan rasa hati pemberi yang menganggap penerima cukup istimewa.
Terdapat lebih 300 bunga kemboja yang memiliki pelbagai warna menarik seperti putih, kuning, merah dan oren. Setiap spesies bunga kemboja memiliki beberapa ciri berbeza. Gandingan warna dan taburan corak menjadi tarikan utama tumbuhan berkenaan. Ia tanaman yang unik dari segi bentuk daun, saiz pokok dan bau.
Seimbangkan Kehidupan
serenemaklong.blogspot.com
Di dunia ini, kita sibuk dengan gosip hiburan, isu politik, sukan, rumahtangga, sibuk mencari ilmu, sibuk beramal tanpa mencari ilmu, sibuk berdakwah tanpa mencari dan mengamalkan ilmu atau sengaja menyibukkan diri agar diri dilihat sibuk.
Islam tidak suruh kita ketepikan hiburan, politik,sukan, rumahtangga, juga bukan anti mencari ilmu, anti beribadah atau anti berdakwah. Sebenarnya Islam mengajar kita menseimbangkan kehidupan. Jangan terlalu sibuk dengan dunia sehingga terlupa akhirat. Dan jangan pula terlalu sibuk dengan urusan akhirat sehingga melepaskan dunia yang menjadi ladang bercucuk tanam untuk bekalan akhirat. Bersederhanalah.
Tuesday, February 25, 2014
Anak Ayah Anak Ibu
AZAB DAN DOSA DERHAKA KEPADA IBU BAPA:
1. MENJADI GOLONGAN ORANG KAFIR: “Jangan membenci kedua ibu bapamu. Barang siapa mengabaikan kedua ibu bapa, maka dia kafir” (H.R. Muslim).2. HARAM MASUK DAN MENCIUM AROMA SYURGA: “Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua ibu bapa yang tua, dan seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya, merelakan isteri dan anak perempuan mendedah aurat)"[H.R Nasa’i & Ahmad]. “Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinnya barang siapa yang derhaka dan memutuskan silaturahim”(H.R.Thabrani).
3. ALLAH SWT TIDAK AKAN MENERIMA SOLATNYA: “Allah tidak akan menerima solat orang dibenci kedua ibu bapanya yang tidak menganiaya kepadanya”. (H.R Abu Al-Hasan bin Makruf). "Ada tiga golongan yang Allah tidak menerima (amal kebajikannya) dari yang sunnah mahupun yang fardhu, iaitu derhaka kepada orang tua, orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya, dan orang yang mendustakan takdir”. (H.R. Thabrani). 4. DIBENCI DAN DIMURKAI OLEH ALLAH SWT. “Barang siapa redha kepada kedua ibu bapanya, bererti dia redha kepada Allah. Dan barang siapa membenci kedua ibu bapa, sungguh dia membenci Allah”. (H.R. Ibnu An-Najjar).“Keredhaan Allah tergantung keredhaan ibu bapa, dan murka Allah pun tergantung pada murka kedua ibu bapa” (H.R. al-Hakim).
5. TIDAK AKAN DIAMPUNI DOSA-DOSANYA: Dari Aisyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w Bersabda, “Dikatakan kepada orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa, “Berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku tidak akan mengampuni. “Dan dikatakan kepada orang yang berbakti kepada orang tua, perbuatlah sekehendakmu sesungguhnya Aku mengampunimu.”(H.R. Abu Nu’aim). 6. TERHAPUSNYA SEMUA AMAL: “Ada tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, iaitu syirik kepada Allah derhaka kepada orang tua,seorang alim yang dipermainkan oleh orang dungu dan jahil” (H.R. Thabrani).
7. TERPUTUS REZEKINYA: “Apabila seseorang tidak meninggalkan doa bagi kedua ibu bapanya, maka akan terputus rezekinya”. (H.R. ad-Dailamy) Orang yang Tidak mendoakan kedua ibu bapanya, itu termasuk orang yang derhaka pada orang tuanya.8. MENDAPAT KERUGIAN BESAR: “Sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina orang yang mendapati atau salah satunnya sampai tua, lantas ia tidak dapat masuk syurga”. (H.R Muslim).
Janganlah kita menjadi anak yang derhaka dan mendapat laknat dari Allah SWT. Naudzubillah.
World Dangerous Tree
serenemaklong.blogspot.com
The most dangerous tree in the world grows in Florida, the Caribbean and the Bahamas. The Manchineel Trees are often marked with a red band to warn passersby not to get too near it. The tree is poisonous on so many levels that if you ever spot one, it is better you stay at least a few yards away from it. Its fruit resembles a small apple, but eating one could land you right in the emergency room. It was supposedly named 'manzanita de la muerte' (little apple of death) by Christopher Columbus. But it might just be the least dangerous part of the tree.
The manchineel's milky white sap is incredibly caustic and poisonous as well - even a drop could cause skin blisters, dermatitis, swelling or burns. This happens a lot with unsuspecting travelers who use the tree for shelter from the rains. The sap is so caustic that even the rain drops coming from the branches can cause burns. The bark is poisonous too - burning it releases a smoke that causes temporary (and in some cases, permanent) blindness.
Considering all the ways it can hurt you, it's no wonder the manchineel currently holds the Guinness record for world’s most dangerous tree. Manchineel trees have shiny green, oval leaves and can grow over 50 feet tall. They apparently lure people into a trap - providing shade and fruit that tastes sweet at first but later has devastating effects. Fortunately, injuries have been rare thanks to the warning signs about the tree’s dangers.
3 Utusan Malaikat Maut
serenemaklong.blogspot.com
Diceritakan dalam Kitab Zahrir Riyadh bahawa Nabi Yaqub a.s bersahabat dengan Malaikat Maut.Pada suatu hari Malaikat Maut datang kepada Nabi Yaqub. Nabi Yaqub bertanya,"Wahai Malaikat Maut, engkau datang untuk mencabut nyawaku ataupun untuk berziarah?" Jawab Malaikat Maut,"Untuk menziarahimu". Nabi Yaqub berkata,"Aku ada satu permintaan kepadamu.Bila ajalku sudah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, beritahulah aku terlebih dahulu.". Malaikat Maut menjawab,"Baiklah, aku akan mengutuskan kepadamu dua atau tiga utusan".
Suatu hari Malaikat Maut datang kepada Nabi Yaqub. "Engkau datang untuk mencabut nyawaku atau menziarahi aku?", Jawab Malaikat Maut,"Aku datang untuk mencabut nyawamu". Nabi Yaqub terkejut dan berkata,"Bukankah engkau berjanji akan menghantar kepadaku dua atau tiga utusan terlebih dahulu? Jawab Malaikat Maut,"Benar dan aku telah melakukannya.Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan bongkoknya tubuhmu setelah tegap. Itulah utusanku, wahai Yaqub kepada manusia sebelum dia mati".
Umpat Dapat Azab
serenemaklong.blogspot.com
Seseorang Muslim yang tidak mendiamkan diri ketika berhadapan dengan kepalsuan akan mendapat ganjaran besar daripada Allah. Sabda Nabi saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang menolak (menasihati atau memperbetulkan) umpatan saudaranya, akan dihalang mukanya daripada api neraka pada hari kiamat.”
Abu al-Dardaa pula meriwayatkan bahawa Baginda saw pernah bersabda :
“Sesiapa yang menolak umpatan saudaranya Allah akan menghalang mukanya daripada api neraka.” (Sunan Abi Daud).
Jika dikaitkan dengan keadaan semasa, kita melihat masyarakat terlalu mudah menjatuhkan atau merendah-rendahkan pihak lain dengan tuduhan tidak benar demi mencapai sesuatu maksud dalam tempoh singkat.
Mungkin bertujuan politik, perniagaan dan sebagainya. Seandainya keadaan ini dibiarkan merebak, masyarakat Muslim akan terus hidup terumbang-ambing lantaran tidak ada satu pun kebenaran yang boleh menjadi pegangan.
Tampuk kepemimpinan umat Islam juga akan berada di tangan orang yang berjaya memperolehi sokongan melalui tipu helah. Pada ketika itu tunggulah balasan kehancuran daripada Allah.
[Khalid Ibni Walid]
Coconut Octopus
serenemaklong.blogspot.com
Amphioctopus marginatus, also known as the coconut octopus or veined octopus, is a medium-sized cephalopod belonging to the genus Amphioctopus. It is found in tropical waters of the western Pacific Ocean. It commonly preys upon shrimp, crabs, and clams, and displays unusual behaviour, including bipedal walking and gathering and using coconut shells and seashells for shelter. [Source: Wikipedia]
The main body of the octopus is typically around 8 centimeters (3 in) in size, and, with arms, approximately 15 centimeters (6 in) long. In this amazing capture by photographer Mario Neumann, the contrast of the white suckers to the rest of the octopus and sea floor makes it look like some kind of alien spaceship![ Photo: Mario Neumann]
Rainbow and Storm
serenemaklong.blogspot.com
As an illustration of the calm before the storm, there probably isn't any better than the pic above – depending on your proximity to the twister, of course.
While most people nearby were probably bolting their doors or heading for the hills as this monster tornado approached, one storm chaser didn’t blow his chance at capturing this extraordinary moment.
Peter Gude, 47, was the photographer of this unusual sight of a rainbow and tornado – seemingly just a few miles apart – occurred in the Colorado sky.
Bizarre See Through Shrimp
serenemaklong.blogspot.com
A keen fisherman from New Zealand was left baffled when he caught this translucent shrimp like creature swimming near the surface of the ocean. Stewart Fraser, was fishing with sons Conaugh and Finn 70kms north of the Karikari Peninsula when he spotted the mysterious 'shrimp' floating near the top of the sea.
Glowing Waterfall
serenemaklong.blogspot.com
Natural wonder: the waterfall that glows like volcanic lava. Like many wonders of the natural world, it appears seldom and when it does, not for long.For just two weeks in February, the water cascade at Horsetail Falls in Yosemite National Park glows like volcanic lava. The breathtaking light show lasts for just minutes but stays long in the memory for those lucky enough to witness it. The rare phenomenon occurs at sunset when the shadows run across the face of the El Capitan mountain.
The dimming light hits the waterfall and turns it from yellow to orange to red, giving it its lava look. The rare phenomenon occurs at sunset when the shadows run across the face of the El Capitan mountain. The dimming light hits the waterfall and turns it from yellow to orange to red, giving it its lava look. There are no guarantees, though. Only the right combination of flowing water and clear skies make it possible. And it might not be seen for years if there's fog or too much cloud. That doesn't stop scores of photographers making an annual pilgrimage - and this year they got lucky.
DailyMirror@uk/news/world-news
Monday, February 24, 2014
Solatlah Di Mana Saja Di Bumi Allah
serenemaklong.blogspot.com
SOALAN: Kan banyak lagi surau, kenapa solat di luar?
JAWAPAN: Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yang sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang menyertai solat ini sebenarnya memang lebih suka solat di masjid dan surau.
SOALAN: Tempat ni sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb?
JAWAPAN:Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya", "pernah", tidak menjadikan ia najis. Walau kita biasa melihat anjing menjilat di lopak air di depan rumah kita sebelum ini, namun kita tidak melihatnya pada lopak hari ini, maka lopak itu masih lagi suci. Syaitan akan suka membisikkan was-was pada kita kerana hendak kita meninggalkan solat atau merasakan solat ini sesuatu yang sangat susah. Di mana jua kita boleh solat, selagi kita tak lihat ada najis di situ.
SOALAN: Bukan kena ada lapik ke?
JAWAPAN: Saya dihulurkan sejadah oleh beberapa sukarelawan. Saya menolaknya. Mengapa? Kerana saya ingin menunjukkan, sejadah bukan syarat untuk solat. Tentu lebih baik solat dengan sejadah. Namun jangan sampai menjadikan ia satu kewajipan.
SOALAN: Bagaimana nak berwudhuk? Boleh tayammum ke?
JAWAPAN: Kami tunjukkan terlebih dahulu bagaimana untuk berwudhuk dengan menggunakan tak sampai suku botol air mineral yang kecil. Berwudhuk juga boleh dibuat di mana-mana. Maka tak ada alasan untuk meninggalkan solat. Tayammum dibolehkan bila memang tiada air atau ada keuzuran.
SOALAN: Wanita boleh sertai?
JAWAPAN: Tentu sekali. Islam tak pernah mendiskriminasi wanita. Yang penting tutuplah aurat kalian, bukan sahaja ketika masuk waktu solat, bahkan setiap ketika. Mudah saja nak solat bila pakaian yang dipakai ketika keluar menutup aurat dengan sempurna.
[Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre]
The Lazy Way To Lose Weight
serenemaklong.blogspot.com
This burns hundreds of calories even if you are just sitting down on your computer. It also increases your metabolism which helps in weight loss.
FOR RECIPE. You Need:
2 tsp Honey,
1 tsp Cinnamon,
1cup/ 8oz/ 237 ml Water.
DIRECTIONS:
1) Use 1 part of cinnamon to 2 parts of raw honey. 1 tsp cinnamon to 2 tsp honey is recommended.
2) Boil 1 cup/8oz/237 ml of water.
3) Pour the boiling water on cinnamon. Cover it and let it steep until it is warm enough to drink.
4) Add honey when the water is cool/warm. Never add honey when it is hot as the heat will destroy the enzymes and other nutrients in the raw honey.
5) Drink 1/2 of this before going to bed. The other half should be covered and refrigerated and drink it in the morning. Do not re-heat it in the morning.
Do not add any flavors in this mixture. And this recipe only works if you drink it on empty stomach.
Bantuan Pertama Kepada Mangsa Strok
serenemaklong.blogspot.com
Pertolongan pertama: Orang yang kena STROK mendadak, pembuluh darah ke otaknya akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk mengatasi hal ini janganlah gugup/panik. Jika mangsa berada di tempat kejadian seperti di bilik mandi/bilik tidur/ruang tamu dll. jangan dipindahkan ke tempat lain, kerana ini akan mempercepatkan pecahnya pembuluh darah, dan jangan biar dia terjatuh lagi.Caranya adalah dengan mengeluarkan darah mangsa dengan menggunakan jarum yang telah dibakar/disteril, kemudian tusukkan ke hujung setiap jari masing-masing sampai darahnya keluar 1-2 titis.Kalau darahnya tidak keluar urut sampai keluar. Mangsa akan sedar setelah beberapa minit kemudian. Jika mulut mangsa miring, tariklah kedua daun telinganya sampai merah dan tusuk bahagian bawah daun telinga dengan jarum steril tadi sampai darah keluar 1-2 titis.Setelah mangsa sedar dan mulutnya pulih kembali, barulah dibawa berjumpa doktor atau hospital. Biasanya orang ygan terkena strok, pembuluh darahnya akan lebih cepat pecah akibat goncangan dalam perjalanan ke doktor atau hospital.Mangsa yang tidak dapat sedar kembali iatu pengsan, biasanya akan cacat/lumpuh. Dengan MENGELUARKAN DARAH dari jari orang yang terkena STROK, sekurang-kurangnya kita sudah menolong orang tersebut dari penyakit tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)