Monday, August 7, 2017

Selamat Dengan Berjemaah Dalam Solat



Peringatan para suami dan anak lelaki serta kita yang membacanya. 

Pentingnya lelaki solat fardhu berjemaah di Masjid atau Surau. Para isteri yang soleh akan mengingatkan suami dan para ibu menghambat anak lelaki supaya bersolat fardhu berjemaah di Masjid atau Surau. 

Suami yang sayangkan isteri pula akan cuba sedaya supaya solat berjemaah. 

*Rasullulah s.a.w. bersabda : "Tidak ada kampung atau penempatan dan padang pasir yg dihuni oleh TIGA ORANG LELAKI, tetapi TIDAK didirikan SOLAT FARDHU BERJEMAAH padanya, melainkan syaitan telah mengusai diri mereka. Justeru itu, hendaklah kamu semua beriltizam dengan solat berjemaah, kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang berada jauh daripada kumpulannya"* (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud & Al-Nasa'i.)

Berkata Ibn Malik "Sesungguhnya meninggalkan perintah Allah dengan tanpa keuzuran adalah dikira sebagai mengikut syaitan."

Hadis di atas menegaskan, apabila sesebuah kampung, tempat atau taman perumahan yang penghuninya tidak mendirikan solat fardu secara berjemaah, maka mereka semua telah dikuasai oleh syaitan.

Samalah juga keadaannya di Masjid atau Surau di taman perumahan  dan kampung yang tidak kedengaran Azan serta tidak solat fardhu secara berjemaah bila maksuk waktu. Cuba semak diri kita dan tempat kita tinggal. 

Justeru itu, kita melihat MAKSIAT berleluasa di mana-mana sahaja di negara kita sekarang. Inilah kesan manusia lupa kepada Allah, ekoran syaitan telah menguasai diri mereka kerana meninggalkan solat berjemaah di Surau atau Masjid di tempat masing-masing. 

Akhir kata marilah kita ubah diri kita sendiri dahulu. Para Ayah,  suami dan anak muda...Jemputlah datang ke rumah Allah... Masjid/Surau dan Solat berjemaah. 

Hari ini kita mulalah solat berjemaah untuk satu waktu dahulu. Kemudian tambah sedikit lebih sedikit. Para isteri dan ibu-ibu pujuklah suami dan anak kita.

[Sumber: CNP dari Facebook]

No comments:

Post a Comment