Friday, August 11, 2017

Rebut Ganjaran Setanding Muazin




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْمُؤَذِّنِينَ يَفْضُلُونَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْ كَمَا يَقُولُونَ فَإِذَا انْتَهَيْتَ فَسَلْ تُعْطَهْ

Dari Abdulllah bin Amru RA, bahawasanya ada seorang lelaki berkata; "

Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu mempunyai keutamaan dibandingkan kami."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ucapkanlah seperti apa yang muazin ucapkan. Jika telah selesai, maka mohonlah kepada Allah, nescaya (permohonanmu) akan dikabulkan-Nya. (HR Abu Daud No: 440)  Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Para muazin mempunyai keistimewaan di sisi Allah di hari kiamat.

2.  Para sahabat mencemburui kelebihan yang ada pada muazin.

3.  Rasulullah SAW mengajar agar kita juga boleh memiliki keistimewaan dengan cara:

a.  Mengucapkan kalimah sepertimana lafaz muazin sebaik sahaja diucapkan dengan kadar perlahan

b.  Selepas selesai azan, berdoalah kepada Allah, nescaya doa itu akan diperkenankan Allah.

Jom kita rebut ganjaran keutamaan seumpama muazin.

[Sumber : FB 1 Hari 1 Hadis]

No comments:

Post a Comment