Sunday, August 20, 2017

Cysts Ganglion




BONJOLAN PADA PERGELANGAN TANGAN / KAKI? KANSERKAH?

Itulah 'CYSTS GANGLION'.

Apa benda tu?

Cyst Ganglion adalah cecair bukan kanser atau pembengkakan seperti cecair yang berlaku pada atau berhampiran sendi pergelangan tangan atau kaki. Ia boleh menjadi lembut atau keras pada sentuhan, selalunya bervariasi dalam saiz. Nampak seolah-olah sesuatu membonjol dari bawah kulit. Selalunya tak menyakitkan dan sering kali akan datang dan pergi dari masa ke masa.

Sebab?
.
Tidak diketahui punca 'Ganglion Cysts', spekulasi pembentukan Cysts ini disebabkan oleh pergerakan cecair antara sendi di pergelangan tangan atau kaki. Secara teori, Ganglion ini cecair yang keluar dari sendi tetapi tak reti nak masuk balik ke dalam, kemudian terhasil koleksi cecair dan menyebabkan membonjol di bawah kulit.

Benda tu kanser ke? T
ak, itu bukan kanser.

Perlukah dibuang?
Ya dan Tidak,

Ya jika Cysts ini menganggu pergerakan/ mendatangkan sakit pada anda, silalah jumpa pakar untuk proses membuang Cysts ini,

Tidak jika muncul sekali sekala dan tidak mendatangkan apa-apa rasa sakit, biarkan saja.

Ada 2 cara untuk hilangkan 'Cysts' ini..

1. Doktor akan cucuk jarum dan picit/sedut lendir itu keluar.
2. Petua yang lebih mesra dengan mengunakan bahan-bahan semulajadi. 

Maklumat & info lanjut boleh baca di link bawah.
.
1. http://www.top10homeremedies.com/…/home-remedies-for-gangli…
.
.
Atau hendak lebih yakin, boleh rujuk doktor.

#Cysts #GanglionCysts #GanglionCystsRemoval

[Dipetik dari FB Abi Amsyar Ibn Muhammad]

No comments:

Post a Comment