Tuesday, January 3, 2017

Jangan Sia-siakan Pemberian Orang


Rasulullah s.a.w. pernah didatangi oleh seorang wanita bukan Islam yang menghadiahkan buah limau yang cantik kepada Baginda. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah s.a.w. makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka hingga habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap itu lalu bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah s.a.w. menjelaskan,"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya".

Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biar pun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula.

Sayidina Ali berkata : "Selemah- lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat . Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya".

No comments:

Post a Comment