Saturday, January 7, 2017

Kerana Takabbur Iblis Dihalau



Kalau direnungi sedalam-dalamnya kisah Iblis dan Adam dalam al-Quran, bukanlah punca utama Iblis dihalau daripada syurga kerana dia tak sujud.
Punca utamanya ialah sifat TAKABBUR.

Kisah ini disebut Allah dalam surah al-A'raf, pada ayat 12 dan 13:

• Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

• Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Perkataan lain bagi takabbur banyak, namun cukuplah maknanya difahami apabila Iblis kata aku lebih baik daripadanya, aku daripada api, sedang dia daripada tanah.

Berhati-hatilah wahai diri dan teman, inilah penyakit hati yang akan menghalang kita masuk syurga.

"Aku ada rupa dan harta daripada dia"

"Aku lebih pandai daripada dia"

"Jawatan aku lebih tinggi daripada dia"

"Bisnes aku lebih masyuk dan maju daripada dia"

Bisikan-bisikan ini apabila ada unsur memperlekehkan orang lain, maka saat itu basahkan bibir dengan istighfar mohon ampun daripada Allah.

[Ahmad Mustaqim Nanawi]

No comments:

Post a Comment