Wednesday, January 25, 2017

Dihalau Kerana Tolong Pelarian Syria

Cerita sebak dari pelajar yang prihatin dan punya keperimanusiaan - Musa Nuwayri


Selepas 6 hari 5 malam berada di dalam penjara Jordan, alhamdulillah sebentar lagi saya akan bertolak ke Malaysia.

Saya dihalau keluar tatkala pengajian saya hanya berbaki beberapa bulan. Saya redha. Tetapi sedikit terkilan apabila alasan yang diberi adalah hanya kerana 'membantu pelarian Syria di Jordan'.

Doakan saya terus kuat. Kerana ujian itu sifatnya menguatkan. Bukan melemahkan.

Saya pasti akan merindui teman seperjuangan di sana. Juga anak-anak Syria yang sudah saya anggap seperti anak kandung saya sendiri.

Kelibat Yasir dan rakan-rakan menari mengikut rentak lagu Gummy Bear, tawa Nur dan kawan-kawan di kem sambil meminta saya menolak buaian. Oh tuhan, tabahkan hati hambamu menghadapi perpisahan yang sangat mengejut ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang saya di dalam penjara. Keluarga, kawan-kawan dan pihak kedutaan Malaysia di Jordan.

Biarlah gambar saya digari ini menjadi kenangan sampai bila-bila.

Saya pasti akan bercerita tentang semuanya kelak. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment