Tuesday, January 10, 2017

Ikan Hilang Lidah



Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah bertanya, ”Kenapa Ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s, maka diperintahkan sekalian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,Iblis terus menuju ke laut dan yang pertama ditemuinya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan. Ikan kemudian segera menghebahkan kepada binatang laut yang lain perihal Adam a.s.

Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak benar.”

Wallahua'alaam.

No comments:

Post a Comment