Wednesday, May 4, 2016

Doa Untuk Aleppo Dan Syria



Nyenyakkah tidur kita malam tadi? Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara segar pada pagi ini.

Saudara-saudara kita di Aleppo tidak ada peluang seperti itu. Mereka tidur buat selama-lamanya dengan bermandikan darah dan jasad yang hancur lebur.

Dalam setiap helaan nafas kenangilah mereka. Berdoalah buat mereka. Belalah nasib mereka dengan Qunut Nazilah dan hulurkan bantuan kewangan melalui badan-badan NGO yang bersukarela membantu pelarian perang ini.

Ingatlah, setiap doa kebaikan yang kita ucapkan akan mendapat doa kebaikan yang sama dari malaikat yang meng'amin'kan. Dan, setiap perbuatan baik yang kita lakukan atas nama Allah akan kembali kepada diri kita sendiri. Begitulah Hukum Alam yang Allah telah tetapkan.

‪#‎DoaUntukAleppo‬
‪#‎DoaUntukMangsaPerangSyria‬

No comments:

Post a Comment