Saturday, January 9, 2016

Taubat Sebelum Terlambat

DUNIA ini hanya RnR, persinggahan sebelum kembali ke SYURGA, tempat asal moyang kita, Adam a.s. Di dunia ini setiap manusia ALLAH SWT bekalkan dengan wang paling berharga dinamakan MASA untuk diguna bagi mendapatkan bekalan AMAL SOLEH yang bakal dibawa pulang ke akhirat.
HAMBA YANG SEDAR mempergunakan MASA YANG BARAKAH bagi menghasilkan TUAH. YANG CINTA KEINDAHAN DUNIA leka mensia-siakan masa dan usia, tanpa menyedari KEINDAHAN DUNIA HANYALAH KEINDAHAN PLASTIK yang bakal hancur. Kesedarannya hanya muncul selepas berada di alam BARZAKH.
“Dan (alangkah ngerinya), jika kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhannya, (mereka merayu: “Ya Tuhan kami, KAMI TELAH MELIHAT DAN MENDENGAR, MAKA KEMBALIKANLAH KAMI (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” (Surah As Sajdah ayat 12).
Begitulah rintihan mereka yang mati sebelum bertaubat. Oleh itu, sempatkan diri untuk bertaubat sebelum datangnya kiamat kecil yang dinamakan KEMATIAN.

No comments:

Post a Comment