Wednesday, January 6, 2016

Kisah Al Quran Ganti Cerita Dongengan

Anak-anak bagai kain putih. Ibu bapa yang mewarnakannya. Cuba bayangkan jika setiap hari disogok dengan * TARZAN yang sentiasa berkeadaan separuh bogel; * CINDERELLA yang balik ke rumah waktu tengah malam, * PINOCCHIO yang suka berbohong,* ALADDIN menjadi raja penyamin, * BATMAN memandu kereta melampaui had laju melebihi 200 kmj,* ROMEO AND JULIET membunuh diri semata-mata kerana cinta, * HARRY POTTER mengguna ilmu sihir, * MICKEY AND MINNIE bukan kawan biasa, * SLEEPING BEAUTY pemalas, * DUMBO selalu mabuk dan berkhayal, * SNOW WHITE tinggal serumah dengan 7 lelaki, hairankah kalau anak-anak kita menjadi manusia kurang berakhlak? Saban hari kita sendiri yang hidangkan mereka dengan cerita dongeng khayalan dan kartun seperti itu...
Cuba kita gantikan pula dengan cerita-cerita mengenai; *ABU BAKAR r.a. yang setia kepada sahabatnya,*UMAR IBN KHATTAB r.a. yang mencintai keadilan dan toleransi,*UTHMAN IBN AFFAN r.a. yang sopan-santun, *ALI IBN ABI TALIB r.a. yang berani, *KHALID IBN WALID r.a. yang sentiasa memerangi kebatilan, *FATIMAH BINTI MUHAMMAD yang mengasihi dan menghormati ayahandanya, *SALLAHUDDIN AL-AYUBI r.a. yang berjaya dalam Perang Salib, dan yang paling utama, ajar mereka mengenai ALLAH S.W.T. Ceritakan kepada mereka mengenai kisah-kisah dari Al-Quran dan Hadis serta MENGAMALKANNYA. In sya Allah mereka tidak akan disesatkan oleh sesiapapun.

No comments:

Post a Comment