Thursday, January 7, 2016

Hebatnya Surah Al-Ikhlas

Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika bersabda, ”Demi Allah yang jiwa ku didalam genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku isra’ ke langit, aku melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanyamembaca surat Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka,”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".
Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.Suatu ketika 70.000 malaikat diutus kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana almarhum itu sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang ketika itu berada bersama Nabi Muhammad s.a.w. di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasa. Malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang berlaku di Madinah.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga" (HR Qurthuby).

No comments:

Post a Comment