Wednesday, January 13, 2016

Bercerai Akibat Hal Remeh

Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman merumuskan bahawa perceraian yang terhasil akibat perkara remeh biasanya lahir dari perkara yang besar iaitu, suami isteri tidak solat dan TIDAK mencantikkan amalan FARDHU, GERSANG PULA DARI AMALAN SUNAT, akhirnya hati seperti kosong, nafsu kuasai diri, minda hanya pentingkan dan fikir tentang diri. Apa yang baik terhijab yang buruk terzahir, nafsu amarah meningkat sukar dikawal, emosi menenggelamkan rasional, hati hilang rasa puas, tidak mensyukuri nikmat, hanya kufuri. Kehidupan hilang berkat lalu hal remeh terlihat besar sehingga memutuskan ikatan pernikahan. Nuzubillah min zalik..moga sakinah, mawaddah dan rahmat mampu dimiliki kita semua. Namun ia perlukan ilmu, amal, ikhlas dan terus berusaha.

No comments:

Post a Comment