Saturday, January 2, 2016

Mutiara Kata Kiyai Suhaili

Mengapa umat Islam beramal tetapi kosong? Kerana meraka tidak ikut panduan. Contoh, bila hadir majlis ilmu hendaklah berniat sebagai ibadah, bukan riak menunjuk-nunjuk. Jadilah golongan yang berusaha mencari ilmu agama dan memahaminya. Ingat, ada beza antara tahu dan faham. Tahu azan itu panggilan solat tetapi tidak pula mengerjakan solat.
Dakwat yang menulis ilmu sama pahala seperti orang mati syahid. Bersyukurlah bila dipilih ke majlis ilmu. Kalau suka sesuatu perkara, semua jadi indah belaka. Contoh, menuntut ilmu yang jauh terasa dekat, yang susah jadi senang, yang berat jadi ringan. Duduk dalam majlis ilmu dengan niat kerana ALLAH pahalanya bersamaan pahala 1000 tahun. Cari ilmu bukan sekadar dengar, tahu tetapi meresap ke dalam kalbu. Fahamkan 3 ilmu iaitu syariat,makrifat, hakikat.
Orang beriman berusaha untuk mencintai ALLAH dan dicintai oleh ALLAH. Orang yang belum dapat hidayah, susah hendak faham tetapi apabila dapat hidayah, akan diberi kekuatan untuk beribadah kepada-Nya. Hidayah itu perlu dicari, bukan dinanti. Orang beriman perlukan kefahaman agama yang luas. Kalau berfikiran sempit nescaya akan berada dalam kesesatan. Sakit sehari, akan diampunkan dosa setahun kerana menerima qada' dan qadar ALLAH. Kalimah tauhid yang diucapkan dapat menjauhkan 99 bala/kesusahan.
3 sebab ilmu senang difaham adalah pemurah, amal soleh, yakin dengan suruhan dan larangan ALLAH. 3 sebab ilmu susah difahami pula adalah kerana kedekut, rasa cukup dengan amal soleh sendiri dan menolak suruhan dan larangan ALLAH. Manusia mesti fikirkan bahawa kejadian diri sendiri semuanya ada hikmah. Contoh, bulu mata menghalang air hujan masuk terus ke dalam mata.
Bala manusia berasal daripada lisannya. Selain itu ketika makan, jangan tinggalkan walau sebutir nasi pun di pinggan. Makan sampai licin kerana mungkin nasi yang sebutir itulah yang menjadi antibodi untuk diri sendiri. Sesiapa yang menganggap ilmu itu ada kesudahan, bererti disia-siakan tuntutan ilmu itu sedangkan ilmu hendaklah dicari sampai ke liang lahad.

No comments:

Post a Comment