Wednesday, January 6, 2016

Ganjaran Bagi Pembuat Badal Haji

Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman mengajukan satu persoalan mengenai ganjaran bagi seseorang yang menjadi wakil menunaikan haji bagi orang lain yang telah meninggal. Menurutnya, Jika dia berniat mendapatkan imbuhan badal haji semata-mata, maka itulah saja yang diperolehinya.Namun, jika dia melakukan atas dasar sukarela dan berniat ikhlas kerana Allah, in sya Allah, dia turut mendapat pahala haji iaitu jika dia membuatnya secara percuma dan sukarela seperti seorang anak yang membuat badal haji untuk ibubapa yang sudah meninggal. Ini berdalilkan hadis yang bermaksud: "Sesiapa membuat haji untuk si mati maka baginya pahala haji seperti itu juga. (Riwayat Al-Tabarani). Jika dibuat secara berbayar dan ikhlas juga, maka pahalanya terpulang kepada Allah, namun masih berpeluang mendapat ganjaran pahala haji sekadar ikhlasnya.

No comments:

Post a Comment