Sunday, January 3, 2016

Lunaskan Hutang Almarhum Ibu Bapa

Inilah perkara penting yang ramai orang tidak buat selepas Ibu Bapa meninggal dunia. Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani, tukar nama bil-bil yang atas nama mereka dulu, seperti bil air, bil api, bil telefon dan sebagainya supaya tiap-tiap bulan mereka tidak menanggung hutang tersebut di dalam kubur.Jangan lupa lunaskan hutang mereka dengan Allah. Kemudian lunaskan hutang mereka dengan manusia. Selepas itu barulah boleh diagihkan harta peninggalan. Roh tidak dapat sampai ke langit selagi mana berhutang walau mati syahid sekalipun.Apabila upah haji, upahlah mengikut kadar yang sepatutnya dibayar semasa mereka hidup dan niatkan agar pahala sampai sama seperti mereka pergi ke sana. Wallaahu a'lam

No comments:

Post a Comment