Friday, November 13, 2015

Tanpa Ibu Guru Dan Ulama Runtuhlah Masyarakat

Ketika rakyat Negeri China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi. Namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali. Setiap kali musuh hendak menyerang, mereka tidak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu. Sebenarnya masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa hendak membina jati diri pengawal mereka. Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan para pelajar kita pada hari ini.
Seorang orientalis berkata, kalau hendak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat, maka lakukannya dengan cara meruntuhkan ikatan kekeluargaan, meruntuhkan sistem pendidikan dan menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa. Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tidak sempurna bila mereka digelar suri rumah. Untuk meruntuhkan sistem pendidikan, berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat. Hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.
MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI? ~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Semoga bermanfaat.[Azhar Ghazali]

No comments:

Post a Comment