Tuesday, November 17, 2015

DustaTerbesar Di Dunia

Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia. Kuasa, harta dan nama mampu memutarbelitkan fakta. Kelicikan dan kepandaian memberi alasan dan penafian mampu menutup kebenaran. Satu hari di Paris, tetapi berhari-hari berlaku di Palestin dan Syria. Tunggulah, di akhirat nanti akan terserlah segala bukti.Takutlah kepada Allah dan gerunlah pada neraka!
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggariskan persamaan di antara keganasan yang berlaku di Paris dengan serangan ke atas Israel. Dia mengatakan kepada dunia bahawa, kecaman yang dilakukan terhadap serangan ke atas Perancis juga perlu dilakukan kepada Israel juga.
Israel telah mengajar Peranchis bagaimana cara untuk menghormati orang Yahudi. Amerika telah diajar. Sekarang Peranchis telah mulai faham. Sepasukan tentera Peranchis kini dalam keadaan bersiap-sedia dan hanya menunggu arahan.Sasaran mereka ialah penempatan besar kumpulan (IS) mesti dihapuskan. Umum mengetahui penempatan besar kumpulan IS kini terletak di dua negara, iaitu Lebanon dan Syria. Russia yang menyerang Syria dengan izin Basyar, kononnya untuk menghapuskan rakyatnya yang menyertai IS, telah menyebabkan beratus-ratus kematian orang awam termasuk kanak-kanak dan orang tua, juga kemusnahan teruk pada tempat kediaman dan kemudahan awam, namun anggota IS tidak dilaporkan sama ada tercedera atau mati. Kini giliran Peranchis pula untuk memburu kumpulan IS yg terang-terangan mengaku bertanggung jawab dalam siri letupan bom di Paris. Inilah modal terbesar puak Yahudi dan barat untuk terus menghapuskan seberapa ramai lagi umat Islam di dunia.
Siapa sebenarnya IS? Kenapa setiap kali ada letupan bom di mana-mana sekalipun kumpulan ini akan mengaku bertanggungjawab? Kenapa IS tidak menyerang Israel? Kenapa IS hanya wujud di negara-negara berfahaman Syiah? Jangan ada di kalangan kita yang tidak tahu bahawa Syiah diwujudkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah Saba yang menyamar masuk Islam untuk merosakkan Islam dari dalam.Bulan lalu seorang anggota tentera Israel telah ditangkap bersama-sama beberapa orang anggota IS. Fikirkanlah, kenapa ada anggota IDF dalam IS? Adakah IS dilatih oleh Israel untuk menghancurkan negara-negara Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah demi mewujudkan tanah Greater Israel (Israel Raya).
IS mengambil nama Daulah Islamiah dan menggunakan panji-panji hitam Imam Mahadi untuk menarik perhatian dan merekrut anggota-anggotanya dari negara lain, terutama mereka yang beragama untuk "berjihad menegakkan Islam." Kebenaran apakah yang hendak ditegakkan kalau sikap mereka berlawanan dengan ajaran Islam? Adakah Zionis mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Abdullah Saba dalam merangka strategi mereka ini??

No comments:

Post a Comment