Sunday, November 1, 2015

Mohon Keampunan Dengan Istighfar

Ucapkanlah KALIMAH ISTIGHFAR (ASTAGHFIRULLAH) minimum 70-100 sehari semalam berdasarkan Al-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga."(Hadis Riwayat Abu Dawud). "Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali." (Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408)."Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali." (Hadis Riwayat Muslim).
Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah s.a.w. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari).Rasulallah s.a.w. yang sudah dijamin suci dari dosa (maksum) masih melakukan hal itu, apalagi kita, mesti lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin suci. Bahkan mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: “ Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan dirimu rasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah.” Trilogi Ibnul Qayyim. – Amru Khalid, (Ibadah Sepenuh Hati)

No comments:

Post a Comment