Wednesday, November 4, 2015

Keburukan Memakan Organ Dalaman Haiwan

Sains menggalakkan makan organ dalaman haiwan kerana khasiat yang diperlukan manusia. Organ dalaman haiwan selain daging ialah hati, paru-paru, perut, hempedal, buah pinggang, jantung, telur ayam yang belum keluar dari perut ayam, telur ikan. Walaupun begitu, Nabi s.a.w. TIDAK MENGGALAKKAN PENGAMBILANNYA. Contoh, makan hati ayam yang dilaporkan baik untuk menambah darah sebenarnya akan melembabkan otak kerana kepekatan toksinnya sangat tinggi disebabkan semua toksin dikumpul dan dineutralkan di situ. Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Kandungan racun dalam hati berupa Antibiotik Tylosin, Penisilin, Oxytetracycline dan Kanamycin. Kandungan bahan kimia di dalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik, kesan teratogenik boleh membawa akibat buruk kepada ibu hamil dan janin, seperti mengalami keguguran atau bayi cacat. Kesan Karsinogen pula adalah penyebab kanser. Ginjal juga berfungsi membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.Demi kesihatan diri, marilah kita ikut larangan Rasulullah s.a.w.[Sumber dari Wan Muqarrabin Wan Ain dan foto oleh Azahar].

No comments:

Post a Comment