Saturday, November 14, 2015

Bahagia Yang Lestari

Manusia selalu mencari bahagia pada perkara yang sementara ...kerjaya, wang, harta-benda dan segala-gala yang berbentuk duniawi. Tetapi bahagia yang diperolehi itu tidak seperti yang diharapkan. Lalu hati mencari lagi. Akhirnya ketemu dengan bahagia yang abadi dari sisi Allah, iaitu REDHA DAN SYURGA-NYA. Jom, kita gapai bahagia yang lestari itu dengan mencari DIA dan mengikuti ATURAN-NYA. Lepaskan diri kita dari belenggu duniawi. Jangan biarkan lagi cinta dunia mengheret kita ke lembah Jahannam akibat mengalpakan Allah dan mengabaikan tanggungjawab kepada makhluk ciptaan-Nya yang lain. Kita ubah harta duniawi menjadi harta ukhrawi menerusi zakat, infak, waqaf dan sedekah. KITA LETAKKAN DUNIA DI TANGAN, BUKAN DI HATI. Kita uruskan kewajipan dunia mengikut ketetapan-Nya. Kita tarbiyahkan diri secara berterusan. Kekal berusaha dan beramal mengikut kemampuan, menurut kadar kenikmatan yang Allah kurniakan pada diri masing-masing. Meskipun nikmat dunia yang kita ada berbeza-beza, namun tidak perlu bimbang kerana Allah pasti akan mencukupkan kita. Sesungguhnya BAHAGIA ITU LETAKNYA DI SINI (tunjuk ke dada).

No comments:

Post a Comment