Sunday, July 5, 2015

Zalim Tanpa Iman Dan Amal

Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya CURANG kepadanya.Ada orang bangga dengan kecantikannya, akhirnya kena STROK, dan muka jadi herot. Hilang kecantikannya. Ada orang bangga dengan ketampanannya, akhirnya dia mengalami kemalangan, pecah mukanya, putus kakinya, CACAT semua. Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Ada orang bangga dengan hartanya, akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.Ada orang bangga dengan jawatannya, akhirnya dia diberhentikan kerja dan jadi penganggur. Ada orang bangga dengan pimpinannya, akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tidak sedar BERPECAH-BELAH.
Ada orang bangga dengan ilmunya, akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmu itu.Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tidak perlu bangga dengan apa yang kita ada, sedangkan pengakhirannya kita tidak tahu akan jadi apa. Manusia hari ini suka sangka-sangka. Ada sangka baik.Ada sangka buruk.Orang beribadah disangka riak. Orang rileks disangka malas. Orang berpakaian baru disangka menunjuk. Orang berpakaian buruk disangka hina.
Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sedikit disangka diet. Orang yang senyum disangka mengejek. Orang yang masam disangka merajuk. Orang berbincang disangka mengumpat. Orang yang diam disangka menyendiri. Orang yang menawan disangka menggoda. Orang yang ceria disangka mengada-ngada. Orang yang bertanya disangka menyibuk
Hakikatnya...Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah. Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa. Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat. Mana tahu yang diam itu kerana beribadah. Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya. Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya. Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.
Justeru….Sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka. Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa. Kerap sangka-sangka mengundang celaka. Jauhi sikap bersangka-sangka. Allah beri kita hidup cuma seketika di dunia ini. Eloklah kita muhasabah, fikir tentang akhir hayat. Gerbang akhirat pun hampir tiba. Inilah hakikat hidup. Janji Allah itu pasti. Orang muda atau tua pasti merasai mati. Jaga kualiti Iman. Jika gagal, akan berakhir di neraka. Visi kita adalah akhirat, walaupun dunia di hadapan kita. Yang pasti semua akan ditinggalkan. Zalimnya kita jika tidak ada Iman dan Amal...[Jejaka Malaya]
Lari dari masalah tidak akan membuat kita berhenti dikejarnya. Masalah tetap akan mendekati kita. Berhenti berlari dan cantas setiap masalah dengan pedang usaha dan perisai doa !

No comments:

Post a Comment