Friday, July 17, 2015

Khasiat Habbatus Sauda

Pokok habbatus sauda atau jintan hitam, nama saintifiknya Nigella Sativa mempunyai daun yang halus di bahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar dan panjang. Pokok yang dibiakkan melalui biji ini mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika bijinya dituai. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.
Habbatus sauda berupaya menguatkan tenaga, mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur setiap hari.Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar, habbatus sauda tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu. Bagi menguatkan tenaga batin, masak susu segar dan dicampurkan dengan habbatus sauda dan madu dan diminum sebelum tidur. Bagi ibu yang menyusukan anak, habbatus sauda boleh membanyakkan air susu dengan memakan tujuh biji sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur.Bagi meleakan demam selsema dan sakit tekak campurkan habbatus sauda dengan perahan limau nipis dan satu sudu besar madu.[Zawidatul Asma Zainuddin]

No comments:

Post a Comment