Friday, July 17, 2015

Mati Bulan Mulia Tak Semesti Mulia

Firman Allah, “Itulah syurga yang diberikan kepada kamu disebabkan amal yang telah kamu kerjakan.” (Surah az-Zukhruf ayat 72). Allah juga berfirman, “Mereka dipanggil, “ltulah syurga yang diberikan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan.” (Surah al-A’raf ayat 43). Dan banyak lagi ayat yang semisal dengan ini. Kerana itu, waktu yang mulia mahupun tempat yang mulia, tidak boleh menyebabkan penghuninya jadi mulia. Dulu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mempersaudarakan antara Abu Darda dengan Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘anhuma. Sehingga keduanya ibarat keluarga dekat. Imam Malik meriwayatkan dari Yahya bin Said, bahawa Abu Darda pernah menulis surat kepada Salman, yang isinya meminta Salman berpindah dan tinggal di tanah yang disucikan (negeri Syam). Namun Salman membalas surat ini dengan mengatakan, “Sesungguhnya tanah suci itu tidak mensucikan siapapun. Yang boleh mensucikan seseorang adalah amalnya.” (al-Muwatha’, Imam Malik, no. 1464).
Dulu Makkah dihuni orang musyrikin. Ketika mereka tinggal di sana, bukan bererti mereka menjadi lebih suci. Dan ketika mati menjadi husnul khotimah.Yang meninggal pada bulan Ramadhan, tidak semuanya orang baik. Ada juga orang jahat yang meninggal di bulan berkah ini. Meskipun demikian, kita tidak menyebut, dia meninggal dengan baik. Perbezaan antara meninggal di bulan Ramadhan dengan meninggal ketika sedang berpuasa. Meninggal dalam beramal soleh, termasuk husnul khotimah, contoh sedang menjalankan ibadah puasa.
Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullahi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang orang yang meninggal dalam keadaan beramal, “Siapa yang menyatakan Laa ilaaha illallah ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan ikrar ini, maka dia masuk syurga. Siapa yang berpuasa dengan ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan puasa ini, maka dia masuk syurga.Siapa yang bersedekah dengan ikhlas mengharap wajah Allah, dan dia akhiri hidupnya dengan sedekah ini, maka dia masuk syurga.” (HR. Ahmad 23324 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth). Allahu a’lam [Islampos]

No comments:

Post a Comment