Friday, July 3, 2015

Kualiti Vs Kuantiti Solat

Ketika sedang solat berjemaah, pada waktu imam membaca ayat-ayat sama ada pendek, sederhana atau panjang, adakah kita FIKIR berkenaan Kebesaran Allah swt, hukum- hakamNya, kewajiban dan laranganNya, dosa-dosa kita, tanggungjawab agama yang patut ditunaikan atau hal keduniaan yang MENDOMINASI majoriti fikiran sewaktu solat?
Sama-samalah kita MUHASABAH KUALITI SOLAT dan KUALITINYA seiring. Fikirkan hal-hal yang BENAR sewaktu solat, yang bawa kepada Allah swt, itulah antara ciri khusyu'. Fadhilat khusyu’ amat banyak, dan antara hadis yang menjadi motivasi bagi seluruh umat Islam bagi mencapai khusyuk adalah:فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه ---Ertinya : “Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja-muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya,serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan”( Riwayat Muslim)
Sabda Nabi sallah allahu 'alaihi wasallam :إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها ---Ertinya : “ Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ “ ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Ibn Hibban & Al-Hafiz Al-Iraqi : Sahih)[Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Presiden MURSHID]

No comments:

Post a Comment