Friday, July 24, 2015

Al Quran Tertua Di Dunia

Al-Quran tertua dijumpai. Kandungannya sama seperti Al-Quran yang ada pada hari ini. Allah S.W.T. berjanji akan menjaga Al-Quran dari pindaan dan tokok tambah. Ujian radiokarbon yang mempunyai ketepatan 95.4 % itu menunjukkan helaian manuskrip Al-Quran yang ditemui ini berusia 1370 tahun, kemungkinan hasil tulisan sahabat Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam. Helaian ini dikumpul pada tahun 1920an oleh Alphonse Mingana yang dilahirkan di Mosul Iraq. Kemungkinan ditemui asalnya di Iraq dan dibawa ke perpustakaan University of Birmingham kerana Mingana menetap di United Kingdom.

No comments:

Post a Comment