Wednesday, July 1, 2015

Harga Minyak Naik Hujan Bala Turun

Sekali lagi rakyat marhaen ditimpakan kesusahan yang turunnya bagaikan hujan. Hidup memang sangat perit. Pendapatan yang ada pun sudah tidak tahu di mana lagi hendak dijimatkan.
Harga runcit Petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 10 sen seliter dan Petrol 97 sebanyak 20 sen seliter. Walaupun harga diesel tidak dinaikkan, tiada jaminan harga barang keperluan harian tidak turut naik. Berdasarkan Crude Oil Brent, harga pasaran dunia relatifnya rendah. Apa kewajarannya kenaikan ini?
TPPA belum lagi ditandatangani pun sudah macam-macam yang berlaku. Kalau Obama datang sekali lagi ke Malaysia dengan tujuan hendak mendesak negara kita memeterai TPPA, Malaysia bakal dihujani kehadiran korporat-korporat gergasi Amerika (yang relatifnya dikuasai/dipengaruhi yahudi). Lama kelamaan korporat milik rakyat tempatan bakal gulung tikar satu persatu kerana tidak mampu bersaing dengan semua gergasi itu. Ringgit Malaysia ditelan Dolar Amerika. Demikianlah jadinya bila tikus diizinkan membaiki labu.
Doa Rasulullah s.a.w. untuk Pemimpin yang menyusahkan rakyatnya:--- اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ. ---“Ya Allah , barangsiapa yang mengurus urusan umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan perkara umatku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.” (HR Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407).

No comments:

Post a Comment