Friday, July 31, 2015

Sesuci Air Mata Ikhlas

Dikisahkan di dalam Perang Tabuk, tujuh sahabat miskin datang kepada Baginda Rasulullah s.a.w. meminta disediakan haiwan tunggangan untuk ikut berperang. Kemudian diberitakan sudah tidak ada lagi se ekorpun haiwan tunggangan. Lalu mereka pun pulang ke rumah dengan deraian air mata.Allah swt menerima air mata mereka dan berfirman: . وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ ---Mereka datang kepadamu(Muhammad) agar engkau memberikan kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata: “Aku tidak memperolehi kendaraan untuk membawamu” lalu mereka kembali, sedangkan mata mereka bercucuran air mata kerana sedih disebabkan mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka infakkan(untuk ikut berperang)" – Surah At Taubah ayat 92.
Setelah turunnya ayat ini sahabat-sahabat besar saperti Umar, Usman dan Abbas menyumbangkan unta dan makanan kepada sahabat tersebut dan ikut serta dalam perjalanan. Oleh itu jangan pernah kita lupakan bahawa air mata para sahabat itu suci kerana cintanya terhadap Rasulullah s.a.w. Baginda mengiringi perjalanan mereka dengan air mata kasih disaksikan dengan penuh kekaguman oleh malaikat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan bahagian dari barakah tersebut.[Ustazah Dr. Siti Nurbaya Usman]

No comments:

Post a Comment