Saturday, December 20, 2014

Yang Baik Disampaikan

Perkara yang sering dibazirkan: 1. AMALAN tidak dilakukan dengan ikhlas. 2. CINTA kepada hal-hal duniawi. 3. HATI tidak diisi dengan cinta hakiki kepada Allah dan Rasul-Nya. 4. HARTA tidak dibelanjakan ke jalan Allah. 5. ILMU diperoleh tetapi tidak diamalkan dengan sebaik-baiknya. 6. KEPINTARAN tidak diguna untuk memikirkan keajaiban ciptaan-Nya. 7. KESIHATAN tidak disyukuri akan nikmatnya sebelum datang sakit. 8. MASA diisi dengan aktiviti sia-sia. 9. JASMANI digerakkan bukan dengan niat untuk ibadah. 10. ZIKIR tidak meninggalkan bekas di dalam hati. Bagi ORANG BERUNTUNG, hari ini lebih baik daripada semalam. Bagi ORANG RUGI, hari ini sama seperti semalam. Bagi ORANG MENZALIMI DIRI, hari ini lebih buruk daripada semalam. “Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik amalannya.” (HR Tirmizi) Berterusan membaiki diri sehingga menjadi kuat merupakan MUJAHADAH.
Dalam hidup ini kita mudah menghargai kebaikan orang lain walaupun hal yang kecil, sedangkan jasa ahli keluarga dianggap biasa-biasa saja, tidak perlu dihargai atau dikenang. Walhal, kebaikan ahli keluarga terutama ibu bapa sangat besar berbanding kebaikan yang diberikan oleh orang lain. Buka hati dan minda untuk memikirkan perkara ini. Berlaku adillah dalam memberi penghargaan.
Ilmu mahukan ia diamalkan. Bila orang mengamalkannya, ilmu itu tetap ada. Jika tidak diamalkan, ilmu itu akan hilang dengan sendirinya. (Sufyan ats-Tsauri). Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukainya daripada mendengar, padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana ketika berkata-kata, orang cenderung mengisi, menokok dan mengurangi. (Yazid bin Abi Habib).
PETUA LEMBUTKAN HATI AHLI KELUARGA: Buka sekampit beras. Bacakan Surah al Fatihah 70 kali sehari selama seminggu. Gunakan beras tersebut untuk memasak bagi menjamu ahli keluarga.
Orang yang banyak ketawa, kurang wibawanya. Orang yang suka menghina, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia akan mengekorinya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. (Umar al- Khattab).

No comments:

Post a Comment