Friday, December 5, 2014

Hati-hati - Infused Water Beracun!!!

"Infused water" atau "detox water" mempunyai banyak khasiat, termasuk membuang toksin daripada badan. "Infusion" merupakan proses mengekstrak sebatian kimia atau perisa dari bahan tumbuhan dalam pelarut seperti air, minyak atau alkohol, dengan membenarkan bahan ini kekal terapung di dalam pelarut. Menurut kajian, tubuh badan manusia lebih mudah menyerap apa-apa yang berbentuk cecair. Oleh sebab itu ramai pakar kesihatan mengesyorkan "infused water" untuk tujuan kesihatan badan.Namun ramai yang terlepas pandang kerana kebanyakan "detox water" yang kita buat itu berbahaya. Kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran atau herba organik, kebanyakan yang terdapat di pasaraya sekarang mengandungi racun serangga yang amat tinggi. Jika digunakan untuk membuat "infused water", racun serangga yang ada pada bahan-bahan itu turut terekstrak sama. Kalau terpaksa juga digunakan untuk membuat "infused water" lantaran kesukaran mendapatkan bahan organik, terlebih dahulu basuh buah-buahan, sayuran atau herba itu menggunakan soda bikarbonat (sebaik-baiknya bebas aluminium). Boleh juga menggunakan cuka. Kesimpulannya, berhati-hati ketika memilih bahan-bahan membuat "infused water". [Greenville Malaysia]

No comments:

Post a Comment