Sunday, December 7, 2014

Jom Bedah Hati

TEKNIK "MEMBEDAH" HATI: 1. Selalu berdialog dengan Allah. Dia Maha Mendengar dan sahabat terbaik.Dia memberikan Jawapan menerusi gerak hati yang positif. 2. Baca Al Quran dan fahami apa yang Allah bicarakan dengan kita.Selepas itu amalkan apa yang diperintahkan dan menghindari apa yang dilarang. 3. Latih lidah mengucapkan kata-kata yang baik sehingga menjadi sebati dengan diri. Dengan ini kata-kata buruk langsung tiada peluang untuk keluar. 4. Banyakkan amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat. 5. Basahi lidah dengan zikir supaya hati terhindar dari bisikan-bisikan syaitan.

No comments:

Post a Comment