Monday, December 15, 2014

Usahakan Kebaikan Di Dunia Untuk Akhirat

Berkata Ummu Hani r.a. bahawa Nabi saw telah bersabda: “Allah telah berfirman – “Berteriaklah suatu suara, “Wahai ahli tauhid! Hendaklah setengah kamu MEMAAFKAN setengah yang lain, dan nanti AKU akan memberi PAHALA.” (HR Thabrani) Sebagaimana Allah suka mengampunkan dan memaafkan hamba-Nya, diserukan hamba-hamba-Nya itu agar menuruti apa yang dilakukan-Nya, iaitu memaafkan kesalahan sesama mereka. Fikirkanlah, siapakah yang tidak membuat salah, sama ada kepada Tuhan atau kepada sesama manusia. Segala kesalahan berkaitan Tuhan, kita boleh benar-benar mohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Allah Yang Maha Pengampun akan memaafkan, in sya Allah. Tetapi yang berkaitan SESAMA MANUSIA, kita sendiri mesti memohon maaf kepada orang yang berkenaan. Jika kesalahan itu enggan dimaafkan, hal ini tidak selesai dan kita akan tertinggal jauh di belakang orang-orang lain yang sedang bersedia memasuki syurga. Hal kita mesti diadili dengan saksama sebelum dibenarkan masuk syurga. Kerana itu, Allah menganjurkan perkara ini diselesaikan SEMASA HIDUP DI DUNIA bagi mengelakkan masalah besar ketika di akhirat. Allah sendiri berjanji akan memberi pahala jika kita berlapang dada dan bermaaf-maafan sesama kita. [Hidayah edisi 178)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Berkatalah apa saja untuk menghinaku...Maka diamku dari orang yang menghina adalah satu jawapan. Bukan aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani kerenah anjing-anjing ---Imam As-Syafie.
Kekadang pelaku yang dosanya banyak enggan membuka aib orang lain. Maka Allah pun menutup aibnya yang banyak itu. Kekadang orang yang dosanya sedikit tetapi suka membongkar aib manusia. Maka Allah pun membuka aibnya yang sedikit itu. [ Sheikh Abdul Aziz Ath Tarifi]

No comments:

Post a Comment