serenemaklong.blogspot.com
Sebenarnya ini adalah salah satu perkara yang kita sering terlepas pandang. Ulama dan ustaz di luar
Sikap bersederhana yang dimaksudkan Nabi S.A.W ialah: "Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik "( Hadis sahih riwayat al-Dailami.)
Di sini “sederhana” yang dimaksudkan ialah “seimbang”, dalam ertikata seimbang di dunia dan di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Kita mesti hebat dalam apa jua yang kita lakukan, serta perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai. Itu bukan seimbang tetapi pincang.
Sekiranya konsep sederhana ditafsirkan dengan betul, umat Islam, khususnya kaum Melayu mampu menjadi hebat dan cemerlang, tidak menjadi 'jumud' atau terikat.
Orang kaya dan jutawan di dunia boleh menggunakan kekayaannya untuk membantu menaikkan taraf kehidupan saudaranya yang miskin melalui zakat dan sedekah jariah.
Selain daripada menyamaratakan kedudukan ekonomi dalam masyarakat, ia juga menjalinkan ukhwah semasa Muslim.
Orang yang menghulurkan zakat dan sedekah jariah dengan ikhlas, bakal menerima ganjaran besar di akhirat. Itulah yang dikatakan “seimbang” dunia dan akhirat.
Cuba fikirkan bagaimana hendak membangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha. Oleh itu jangan lagi berkata bahawa Islam tidak mementingkan kekayaan.
No comments:
Post a Comment